Aku membuka mata. Dinding putih menjadi perkara pertama yang aku pandang setiap kali kembali melihat dunia. Biasa.
Hari baru yang biasa berjalan apabila ibu datang melawat, menyediakan makanan untuk aku, membawa aku ke bilik mandi, berbual menghilangkan bosan sebelum nurse datang membawa ubat dan ibu pulang semula ke rumah. Seterusnya aku hanya kebosanan merenung dinding yang seperti sudah lali ditenung aku.
Kadang-kala aku terfikir akan hari-hari yang mendatang. Dapatkah aku hidup di hari yang selanjutnya? Atau aku akan mati sebelum melihat hari esok?
Setiap hari yang berlalu mengingatkan aku kepada dia.
Dia bukan Doktor Haikal yang peramah dan ceria. Dia yang mengajar aku erti rindu dalam terluka. Dia tidak pandai bermanis bicara dengan aku. Hanya raut wajah kosong yang selalu dipamer. Walaupun begitu, dia tetap aku rindui. Setiap hari aku memikirkan dia. Sihatkah dia di rumah?
Sudah lama aku tidak menatap wajah beku itu. Ingatkah lagi dia pada aku?
Aku yang selalu tidak malu memandangnya. Aku yang tidak serik diendah olehnya. Aku yang tidak kenal erti putus asa untuk mendapatkan sekecil ruang di dalam hatinya. Aku yang masih tetap setia mengejar bayangnya.
Iya, itu aku.
Aku dan dia bukan seperti cerita cinta yang selalu diuar-uarkan. Cerita si pencinta yang dapat apa yang dicintainya. Seperti fairytale.
Itu bukan kisah aku.
Kisah yang berkisarkan si pencinta yang tidak dapat apa yang dicintainya. Hanya mampu melihat dari jauh kebahagiaan yang dicintai. Hati sendiri tidak terjaga kerana sibuk menjaga hati milik orang lain. Seperti sumpahan.
Itulah kisah aku.
Kisah aku dan dia.
..
"Amat berat untuk saya kemukakan ucapan saya ini. Saya harap keluarga pesakit dapat memberi kerjasama lagi, "
Doktor Haikal berkata dengan nada serius. Matanya bergerak melihat satu per satu wajah manusia yang berada di hadapannya. Dia memberhentikan gerakan matanya ke wajah aku. Terdapat sesuatu yang buruk ingin disampaikan olehnya. Dan aku tersangat pasti.
"Berkaitan kesihatan anak kami yang merosot ke, doktor? "
Jelas terpancar riak penuh kerisauan di wajah ibu. Memang benar, kesihatan aku semakin merosot dari hari ke hari. Sudah sebulan setengah aku berada di hospital. Tahap kesihatan aku menurun jika dibandingkan semenjak aku pertama kali berada di sini. Duduk di hospital bukan semakin baik malahan semakin sakit pula.
"Kami tahu keluarga pesakit menyedari akan kesihatan pesakit yang berkurang setiap hari, malah kami turut menyedarinya. Kanser otak pesakit sudah semakin meningkat ke tahap yang serius dari semasa ke semasa dan ini merupakan satu berita yang tidak baik. Risiko untuk pesakit meninggal adalah lebih tinggi peratusnya sekarang dan tiada rawatan yang akan dapat memulihkan pesakit semula. Jadi, kami bersetuju untuk menjalankan pembedahan mengeluarkan kanser dalam tubuh pesakit secepat yang mungkin supaya dapat memastikan pesakit berpeluang untuk hidup, "
Jelas Doktor Haikal dengan penerangan yang berjaya membuatkan ibu menangis lagi.
"Jadi, tolong jalankan pembedahan dengan segera! Jangan lengahkan masa lagi! Saya tak sanggup melihat anak saya pergi sebelum saya! " ibu berkata dengan juraian air mata.
YOU ARE READING
A M N E S I A •
Short StoryDia seorang gadis periang, Dia seorang gadis peramah, Dia seorang gadis manja. Namun, siapa sangka akhirnya dia berubah rupa? Dulu dia periang, Kini dia dingin. Dulu dia peramah, Kini dia perengus. Dulu dia manja, Kini dia kaku. "Kau siapa...