8

28 6 0
                                    


Aku tidak dapat mengerakkan badan lagi. Kini hanya tinggal beberapa minit sebelum aku menjalani pembedahan.

Aku tidak putus berdoa agar semuanya selamat.

Terlihat ibu dan ayah yang berada di samping aku bagi memberi sokongan. Aku hanya tersenyum memandang mereka.

Di antara mereka, terlihat juga kelibat Doktor Haikal. Dia tidak menjadi antara salah satu doktor yang turut serta menjalankan pembedahan ini.

Aku melihat dia tersenyum sedikit pada aku. Mungkin firasat yang tidak baik itu masih menjadi kegusarannya?

Memandang wajah kacak Doktor Haikal itu menyebabkan aku teringat kembali kata-kata yang diucapkan sebentar tadi. Agaknya apa yang dia ingin sampaikan ye?

Aku melihat dua orang jururawat yang bakal mengiringi aku ke bilik pembedahan itu. Kedua-dua mereka tersenyum pada aku seperti mengatakan yang semuanya akan baik-baik sahaja. Aku membalas senyuman mereka dengan senyuman kecil. Tidak mahu dicop sombong.

Nampaknya mereka datang untuk menjemput aku ke bilik bedah. Sempat aku menilik wajah semua orang yang berada di dalam wad itu.

Wajah ayah yang sayu memandang aku, wajah ibu yang dibanjiri air mata dan wajah Doktor Haikal yang masih tersenyum namun senyumannya hambar. Tiada seri. Walaupun begitu, dia tetap nampak handsome di mata aku.

Mereka hanya mengiring aku sehingga ke pintu wad sahaja.

Namun, masih terngiang-ngiang suara tangisan ibu di telinga aku.

"Semuanya akan berjalan lancar. Jangan risau, " kata salah seorang jururawat yang menolak katil aku ke bilik pembedahan.

Aku tidak menjawab. Hanya sepi yang menemani kami.

Sebelum aku memasuki bilik pembedahan itu, sempat aku melihat sekitar ruangan di luar bilik tersebut. Tidak ada yang menarik minat kecuali seseorang.

Dia berdiri di hujung koridor, memandang aku.

Hanya memandang tetapi tidak menghampiri aku.

Aku ditolak masuk ke dalam bilik itu.

Suhu yang sejuk jelas terasa di kulit.

Aku melihat dia di hujung koridor.

Melihat senyuman yang dilemparkan pada aku.

Aku akan mengingati senyuman itu.

Senyuman terakhir sebelum semuanya gelap tidak bercahaya.




..








Chapter ni paling ringkas yang author buat. Btw, enjoy reading!

A M N E S I A •Where stories live. Discover now