9

30 7 2
                                    




Kepala terasa berat. Sedaya upaya aku cuba membuka mata namun masih tidak berdaya. Kepala yang memberat semakin lama semakin sakit.


Apa yang aku mampu buat?



Hanya menahan segala kesakitan itu.

Dan semakin lama semakin aku tenggelam.





Tenggelam dalam kesakitan.



..



"Nurse! Anak saya sudah sedar! "

Aku mendengar suara seseorang yang menjerit berhampiran ku. Sekali lagi aku cuba membuka mata.

Dalam kepayahan, dapat juga aku mencelikkan mata. Kesakitan pada bebola mata aku yang menerima cahaya setelah sekian lama melihat kegelapan aku hiraukan.

Aku cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tubuh aku terasa kebas akibat lama tidak bergerak. Sudah berapa lama aku terlantar agaknya?

Aku dapat melihat seorang doktor yang bergegas ke arah aku bersama dua orang jururawat yang setia mengekor.

Bau ubat-ubatan jelas menunjukkan bahawa aku berada di hospital.

"Tolong jauhkan diri puan sedikit. Kami hendak memeriksa keadaan pesakit, " arah seorang jururawat kepada seorang wanita pertengahan usia yang berdiri di sisi aku. Barulah aku perasan tentang kehadirannya.

Agaknya dia lah yang menjerit memanggil doktor itu tadi.

Aku memandangnya yang seperti tidak mahu meninggalkan aku. Pelik melihat tingkah lakunya. Adakah aku orang yang penting baginya? Siapa dia? Dan siapa aku?

Pelbagai persoalan yang berlegar di fikiran aku hilang akibat wajah aku ditarik menghadap doktor itu. Dia memeriksa suhu aku, kedua-dua belah mata, mulut dan beberapa lagi perkara. Aku hanya membiarkan dia melakukan tugasnya.

Dia memberitahu kepada wanita tadi yang keadaan aku baik-baik sahaja sebelum berlalu pergi bersama dua orang jururawat tadi. Wanita itu datang kepada aku dengan wajah yang kelihatan gembira. Aku tidak faham ertinya. Siapakah wanita ini?

"Syukur lah kamu sudah sedar. Kami rindukan kamu, " kata wanita itu. Aku termanggu sendiri.


Kami? Rindu?


Siapakah wanita ini?


Aku kenal ke?

Dan siapa 'kami' yang diucapkan olehnya?

"Kamu okay ke tidak? Nak panggilkan doktor ke? " soalnya dengan nada risau. Terlakar riak kerisauan di wajahnya.

Aku menggeleng. Masih memandang wanita itu dengan wajah yang kepelikan.

"Siapa kau? "

Kedengaran agak kasar bunyinya. Namun, aku hanya mengabaikan perkara itu. Tidak boleh aku mengelar dia apa-apa kerana aku tidak mengenalinya. Mana mungkin aku menghormati dia?

Dia kelihatan terasa dengan tutur bicara aku. Aku melihat dia tertunduk sebelum berbicara.

"Saya ibu kamu. Ibu kandung kamu, "

Kata-katanya membuatkan aku terkelu. Di hadapan aku ini ialah wanita yang bergelar ibu?

Aku memandangnya lagi untuk meminta kepastian.

"Kamu tak akan ingat sebab kamu kehilangan memori kamu selepas pembedahan itu. Jangan risau, saya bercakap benar, "

Aku hanya mendengar.

A M N E S I A •Where stories live. Discover now