11

27 6 2
                                    

Dua bulan kemudian

Ini ialah hari yang selama ini aku nantikan.

Iya, hari ini aku akan pulang ke rumah.





Yeshhh!!


I'm so happy!!

Tak payah laa aku hirup udara dalam hospital ini lagi. Sudah terlebih muak aku dengan bauan hospital.

..

Tangan diligatkan untuk menolong ibu mengemas pakaian sendiri yang tidak seberapa manakala ibu pula mengemas peralatan lain yang berada di dalam wad.

Selesai sahaja memasukkan semua pakaian ke dalam beg, aku duduk di atas katil buat kali terakhir. Sudah tiga bulan lebih rasanya aku tidur di atas katil hospital ini.

"Dah siap kemas baju kamu, ke? " suara ibu kedengaran.

Aku memandang ibu yang sedang mengangkat dua buah beg dengan kedua-dua belah tangannya.

Kepala di anggukkan.

"Jom lah turun. Lagipun kamu belum discharge lagi, "

Ibu berkata sebelum melepasi pintu wad. Terus tangan aku menyambar beg pakaian di atas katil.

Aku mengikut langkah ibu keluar dari wad menuju ke arah lift. Mata dilirikkan memandang wad yang telah menempatkan aku selama ini.

Wad itu telah pun menjadi bilik pertama aku setelah terjaga dari lena yang sangat panjang.

Bibir menguntum senyuman sebelum pintu lift tertutup rapat.

..





"Kami nak pergi uruskan discharge kamu kejap. Ayah dah parking kereta sebelah kiri hospital dekat pasu bunga kertas. Kamu pergi letak beg tu dalam bonet, ya? Kami menyusul nanti. Nah kunci, "

Ujar ayah sambil menghulurkan kunci kereta. Lantas tangan aku mengambil kunci itu seraya menganggukkan kepala.

Tanpa melengahkan masa, aku melangkahkan kaki keluar dari hospital sebelum mengambil jalan yang berada di sebelah kiri. Mata aku liarkan untuk mencari kelibat kereta ayah yang berada berdekatan pasu bunga.

Setelah beberapa minit berjalan, aku terlihat sebuah kereta berwarna putih yang tidak dapat aku mengenal pasti jenamanya.



Hmm, rasanya yang ini kot.





Click!





Kereta itu berbunyi setelah aku menekan button pada kunci yang berada di tangan. Lantas aku menuju ke arah belakang kereta untuk meletakkan beg ke dalam bonet.

Selesai memasukkan beg, aku menutup bonet lalu bersandar padanya. Jam yang di ikat pada pergelangan tangan dijeling sekilas.


Lambat lagi ke nak balik? Lamanya mereka nak discharge.


Nafas dihela sebelum kepala ditolehkan ke arah kiri. Kelihatan sebuah taman hospital yang selalu aku kunjungi setelah penat memerah otak untuk belajar.



Iya lah, belajar untuk peperiksaan.



Minggu lepas, aku sudah menduduki peperiksaan itu.

Syukur lah aku ni dikurniakan otak yang bijak dan cerdas. Disebabkan itu, soalan peperiksaan yang susah pun aku boleh jawab walaupun pening kepala jadinya. Lagi-lagi soalan subjek yang ada nombor-nombor tu.






A M N E S I A •Where stories live. Discover now