Beberapa bulan kemudian..
Kaki dilangkahkan menuju ke arah pintu pagar yang hanya berjarak beberapa meter di hadapan. Kain hitam yang agak kembang beralun lembut mengikut gerakkan kaki aku.
Mata diliarkan memandang sekeliling. Sekilas jam tangan berwarna dark purple di kerling.
8:45 a.m.
Haih..
Baru lah aku sedar yang aku ini sudah terlebih awal datang memandangkan hanya aku seorang sahaja yang tercegat di sini. Walaupun tidak termasuk para guru yang perlu datang awal untuk menguruskan majlis nanti.
Guru?
Majlis?
Okay aku tahu korang dah tahu majlis apa yang aku maksudkan.
Kalau korang nak tahu, hari ini merupakan hari yang mungkin menjadi hari paling mencabar bagi aku. Sebabnya, inilah pertama kali aku melangkahkan kaki ke dalam kawasan sekolah.
Sebab..
Majlis Penyampaian Slip Keputusan PT3.
Iya lah, seperti yang korang tahu aku ni kan masih berumur 15 tahun. Jadinya, aku sudah mengambil peperiksaan PT3 dan keputusannya akan diberikan pada hari ini.
Sejujurnya, aku sangat gementar.
Bukannya disebabkan keputusan yang bakal diumumkan.
Namun, disebabkan 'mereka'.
Dan..
Mungkin hari ini akan menjadi hari pertama dan terakhir aku bertemu dia.
Idz..
..
Aku melangkah menyelusuri jalan utama. Setibanya aku di bangunan pentadbiran yang berwarna merah, jelas terlihat kelibat seseorang di situ. Berpakaian baju kurung berwarna hijau dan bertudung hitam disertakan manik-manik kecil yang masih dapat dilihat dari jauh.
Tanpa berlengah, aku berjalan menuju ke arahnya.
"Asalamualaikum, teacher, " salam diberikan sesampainya aku di tepi wanita itu.
Dia menoleh, memandang aku yang tegak berdiri. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada ku sebelum dia menghulurkan tangan. Aku menyambut seraya mengucup tangan itu, tanda menghormatinya yang lebih tua daripada aku.
"Awalnya kamu sampai, Elle. Dah tak sabar nak tahu keputusan kamu la tu, " katanya sambil tetap memegang tangan ku.
Aku hanya mampu mengoyakkan sedikit bibirku untuk membentuk senyuman kecil.
Kalau dengan anak dia boleh la aku bertepuk tampar, tergelak-gelak macam orang sawan kejap tapi dengan wanita ini memang tidak la aku berbuat demikian. Mahu terkejut dia dengan perangai gila aku ni.
Perangai aku yang hanya Kyle je yang tahu. Tapi, bukannya sebab Kyle tu special ke apa. Dia tahu sebab dia sorang je kawan aku yang dapat hadap perangai pelik aku.
Walaupun, sebenarnya dia sorang je kawan aku lepas keluar dari hospital hari tu.
Hahahaha.
"Hah! Daripada kamu tersenyum tak sudah-sudah tu baik kamu ikut teacher pergi bilik guru. Sementara nak tunggu majlis mula boleh la kamu lepak dekat tempat teacher. Lagipun, lambat lagi nak mula ni. Kamu la awal sangat datang, "
YOU ARE READING
A M N E S I A •
Short StoryDia seorang gadis periang, Dia seorang gadis peramah, Dia seorang gadis manja. Namun, siapa sangka akhirnya dia berubah rupa? Dulu dia periang, Kini dia dingin. Dulu dia peramah, Kini dia perengus. Dulu dia manja, Kini dia kaku. "Kau siapa...