16

19 5 3
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Aku menghela nafas lega. Kerja rumah yang diberi oleh Teacher Zariah akhirnya berjaya di siapkan. Sudah la banyak, susah pula tu. Kesian jari dan otak aku yang berkerja keras.

Drtt! Drtt!

Smartphone yang berbunyi di atas meja dipandang. Sempat aku mengeliat untuk meregangkan otot-otot yang kaku semasa menghabiskan kerja rumah tadi sebelum mengambil smartphone itu.

Aplikasi Whatsapp dibuka.

Kyle
° Weyh kau tengah buat apa?

Aku terus membalas message yang dihantar oleh Kyle.

Me
° Asal?

Hanya selang beberapa saat sahaja yang diambil oleh Kyle untuk membalas kembali message itu.

Kyle
° Aku nak ajak kau keluar.
° Kau free, ke?

Aik? Angin apa pula mamat ni nak ajak aku keluar? Buang tebiat ke?

Me
° Aku baru lepas habis buat kerja yang mak kau bagi la.
° Dia punya banyak tu, tak boleh bawa bincang.
° Tapi yang kau ni dah kenapa tiber je ajak aku keluar?

Kyle
° Aku bosan la duduk dekat rumah je.
° Dah la kerja khusus yang madam bagi hari tu aku tak siap lagi.
° Aku stress kau tau tak??
° STRESSSSSSSSS!!!!!

Uish. Koyak teruk Kyle ni. Aku hanya mampu menahan ketawa apabila membaca message yang dihantar itu. Tak sangka pula seriang-riang mamat itu, dapat juga dia berasa tertekan.

Kalau tidak happy memanjang. Haih, menyampah aku.

Me
° Tu lah lain kali jangan suka tangguh kerja.
° Kan dah meroyan macam laki hilang bini je.

Kyle
° Kau jangan nak tambah stress aku pulak.
° Iye la aku tau la aku ni tak rajin macam 'kau'.
° Dah tu, jadi ke tak kita keluar ni?

Me
° Hahahahaha sempat kau perli ye.
° Aku onzz je.
° Kau ambik aku dekat rumah pastu pepandai kau la nak bagi alasan apa dekat parents aku.
° Pukul 3 p.m. kay?

Kyle
° Yalah. Macam aku tak pernah jumpa parents kau.
° Jumpa nanti.
° Chau lu paper roger.

Aku menutup aplikasi itu. Sempat juga aku melihat status manusia yang tidak seberapa.


Hurm..



Kyle?

Dia ni kawan aku. Kawan pertama yang aku dapat selepas koma.

Rayyan tu kes lain, eh. Walaupun dia pun kawan aku juga.

Tiber.

Kyle ni anak kepada salah seorang guru yang diupah ayah untuk mengajar ku. Secara detailnya, dia merupakan anak kepada guru Mathematics aku. Dan secara kebetulan, guru Mathematics yang mengajar aku ni juga merupakan guru yang telah mengajar aku sebelum aku koma. Maknanya, dia ialah guru di sekolah lama aku. Mungkin disebabkan keluarga kami yang boleh dikatakan rapat, ayah telah meminta tolongnya supaya mengajar aku. Nasib lah dia bersetuju. Sejak itu lah aku mula mengenali Kyle.

Nasib lah ada Kyle. Aku tak lah rasa sunyi sangat sebabnya lelaki itu memang gemar membuat lawak bodoh yang menghiburkan. Walaupun kadangkala terasa annoying juga.

Aku yang pada mulanya memang sedikit jengkel dengan lelaki itu, semakin lama semakin menerima kehadirannya di dalam hidup aku. Tanpa dia, aku hanyalah seorang gadis dingin yang cuma tahu berdiam diri.

A M N E S I A •Where stories live. Discover now