" Jihyo, tutup tingkap tu jangan termenung. Dah malam ni. "
" Ye sekejap "
Jihyo bangun dari sofa nya itu lalu pergi menutup semua tingkap di dalam rumahnya itu.
" Kau dah tutup semua tingkap? "
" Dah "
" Kau termenung apa jihyo?, pening aku tengok kau, tak habis-habis termenung. Kau kenapa ni? "
" Tak ada apa pun, aku cuma haish. Aku still tak sangka yang crush aku ada girlfriend, aku ingat dia single "
" Orang kacak macam dia tu, tak adanya single mesti lah berpunya. Eh dah lah baik kita nak tidur dah lewat dah ni "
" Kau naik lah dulu Soo Jung, Aku nak duduk kejap dekat bawah ni. "
" Suka hati kau lah, nanti jangan lupa tutup lampu semua tau "
" Okay "
Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, Jihyo bangun lalu menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya
Baru sahaja mahu menarik langsir, matanya tertancap pada satu pemandangan yang agak pelik bagi diri dia itu.Kelihatan seorang lelaki berhoodie hitam dan memakai mask menutup separuh wajahnya keluar dari kenderaan yang agak mewah dan menuju ke arah rumah kosong yang terletak bersebelahan rumahnya itu.
" Siapa jejaka itu?, Peliknya kenapa dia pergi rumah kosong tu. Jiran baru aku ke? Hmm pelik "
Jihyo hanya mendiamkan diri lalu menarik langsir tingkapnya dan baring di katil empuk itu.
Cahaya matahari yang menyinar itu memaksa jihyo membuka matanya dan memulakan hari yang baru.
Jihyo menuruni anak tangga itu setelah selesai menyiapkan dirinya. Dia melihat makanan yang terhidang di atas meja makan di dapur. Jihyo bergerak ke peti sejuk lalu mengeluarkan telur lalu memecahkannya di dalam sebuah mangkuk kecil untuk membuat telur gulung.
" Soo Jung ah, nanti apa kata kau pergi tengok dekat rumah sebelah tu ada orang tak?, Semalam aku nampak macam ada orang pindah je dekat rumah tu."
" Aik? Aku baru je lalu depan rumah tu tak ada apa pun. Elok je kosong macam tak ada orang pun , Aku rasa kau berangan ni "
" Tak lah, betul aku nampak dia pakai baju hitam lepastu pakai mask tutup separuh muka dia. Takkan lah aku nak tipu pula "
" Apa kata kau cuba tengok lagi malam ni, Aku rasa kau berangan, baik berhenti jihyo nanti Omma Song balik dari kampung, Dia tahu kau berangan dia ketuk kepala kau nanti "
Jihyo hanya tergelak kecil sebelum menyambung membuat telur gulung itu.
" Baik, kita tengok malam ni. Kalau dia ada lagi aku nak engkau pergi rumah tu tanya dia jiran baru kita ke apa? "
" Sekali kan dia sedara mara Atuk tua yang dah meninggal tu. Hish seram pulak aku bila ingat macam mana dia mati "
" Jangan sebut, meremang bulu roma aku "
" ......? Bangun lah dah pagi ni. Itu lah orang suruh pindahkan barang siang hari nak juga buat malam-malam buta. "
" Hmm "
YOU ARE READING
Hottest Series 2: Black Hoodie
FanfictionSiapa jejaka itu? Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu? Siapa dia? Jiran baru ke? Tapi kenapa malam buta baru pindah? Peliknya. Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello