0:25

496 70 8
                                    

Soo Jung menangis ketakutan sambil memeluk kakinya rapat ke dada, bibirnya diketap tidak mahu mengeluarkan sebarang suara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Soo Jung menangis ketakutan sambil memeluk kakinya rapat ke dada, bibirnya diketap tidak mahu mengeluarkan sebarang suara. Badan yang terdedah tanpa sebarang pakaian pun cuba ditutupnya.

Dia memejamkan matanya dan terbayang wajah jihyo yang tersenyum memandang dirinya.

Air mata deras mengalir, lelaki yang baru sahaja meniduri dirinya sudah lama meninggalkan dirinya.

Dia menyesal.

Ya menyesal

Menyesal kerana tamak

Menyesal kerana mengikut kata-kata Omma Song.

Kalau lah masa dapat diputarkan kembali.







Omma Song merintih kesakitan, darah mengalir dikepalanya. Tepi mulutnya pecah dan membiru. Lebam di bahagian mukanya menunjukkan betapa kejamnya seorang lelaki bernama Louis Damian Han.

Kakinya diikat dengan rantai besi dan tangannya diikat juga dengan rantai besi. Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana. Hanya mampu merintih. Itu semua kerana balasan apa yang dia buat selama ini. Dia juga menyesal kerana berjanji akan menyerahkan jihyo kepada damian sekiranya damian memberi wang kepada dirinya setiap bulan.

Namun janji tinggal janji kini balasan yang menimpa dirinya. Dia hanya menunggu nyawa dirinya hilang.








Damian berdepan dengan Jungkook yang membaluti tubuh badannya dengan hoodie dan mask di wajahnya. Dia mengukir senyuman sinis.

" Tak sangka, kau dah kahwin dengan dia ."

" apa yang kau nak? "

Dingin mata itu memandang wajah damian. Aura di sekeliling mereka seakan-akan memberi tanda bahawa akan ada pertempuran berdarah yang akan berlaku.

" simple, aku nak jihyo. Dia milik aku "

" Kau silap!, dia milik aku bukan milik kau. Aku yang ditakdirkan dengan dia bukan kau "

" Jungkook, jungkook. Kau takkan menang, kau lemah kau tak boleh lindungi jihyo. Serahkan jihyo pada aku dan semua ini akan menjadi biasa "

Jungkook mengenggam tangannya erat sehingga mengeluarkan urat. Mata coklat gelapnya bertukar menjadi merah seperti merah darah. Taring giginya mula memunculkan dirinya. Dia kalau boleh tidak mahu vampire dirinya mengambil alih tetapi jika melibatkan isterinya, dia harus menggunakannya. Dia tahu yang dia akan menang.











Darah bersepah di sekitar kawasan rumput itu, kepala damian terputus daripada badannya. Tangan yang berdarah itu dipandang Jungkook lama. Dia akhirnya meninggalkan kawasan itu dan mayat damian.

Dia mahu bertemu dengan isterinya.











Hottest Series 2: Black Hoodie Where stories live. Discover now