0:18

465 83 18
                                    

Dia terkata dari mimpi buruknya, dia lantas menoleh ke sekujur tubuh sedang tidur dengan lena sekali, tangannya naik mengusap pipi gebu jihyo untuk memastikan yang gadis itu masih bersamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia terkata dari mimpi buruknya, dia lantas menoleh ke sekujur tubuh sedang tidur dengan lena sekali, tangannya naik mengusap pipi gebu jihyo untuk memastikan yang gadis itu masih bersamanya.

Perbuatannya itu mengejutkan jihyo dari lenanya. matanya kuyu kerana masih lagi bersisa rasa kantuk namun tetap sahaja senyuman manis terbit di bibirnya.

" Kenapa ni? "

Jungkook masih lagi senyap tidak berbicara apa-apa , dia hanya terus menerus mengusap pipi gebu jihyo. Tanpa dia sedar perbuatannya itu sebenarnya membuatkan jihyo semakin rasa mengantuk dan akhirnya tertidur.








Soo Jung kehulur kehilir memikirkan di mana keberadaan jihyo, Dia tidak sangka pula yang jihyo sudah keluar dari hospital tetapi siapa yang mengambilnya itu merupakan persoalan yang pertama.

Dia sungguh serabut dan kusut memikirkan perkara itu, Mana boleh jihyo hilang nanti susah lah mereka berdua.

" Omma Song!, Kita nak cari jihyo dekat mana ni? "

" Mana lah aku tahu engkau ingat semua benda pasal dia aku tahu? "

" Hish! "

" Kau boleh bertenang tak? Serabut kepala aku tengok kau kehulur kehilir macam kucing hilang anak "

" Tak!,  Kita tak boleh bertenang macam mana kalau peristiwa 7 tahun lepas berlaku? Nanti kita hilang semua ni Omma Song! "

" Diam lah! Kita takkan hilang semua ni tidak dalam pemerhatian aku, aku dah bersusah-susah pisahkan dia dengan kekasih dia dan capai kekayaan ini, Aku takkan benarkan itu terjadi "

" DIA HILANG OMMA SONG, KITA TAK TAHU DIA KAT MANA MACAM MANA KALAU LELAKI ITU DATANG AMIK DIA BALIK, SAYA TAK NAK HIDUP SUSAH LAGI "

suasana amat tegang antara Omma Song dan juga Soo Jung, mereka berdua berasa takut kehilangan segala nya.









Kim menghempas gelas kaca ke lantai, Dia tidak boleh terima yang ada orang sudah mengambil jihyo dari hospital. Dia ingat lagi dimana hari dia pulang dari luar negara terus sahaja dia ke hospital. Fikirnya dia boleh melihat keadaan jihyo namun apabila melihat katil yang diduduki jihyo kosong. Dia lantas berlari dan mendapat berita yang mengecewakan dirinya.

" Fu*k ARGH!, siapa yang berani bawak dia keluar dari hospital. Aku akan cari kau budak mentah. "

Kim tidak sedar bahawa kakinya mengalami kecederaan akibat perbuatannya itu.






Yoora mengenakan pakaian yang agak mencolok mata, Dia bersiul-siul lalu duduk di sofa sambil menunggu kehadiran suaminya itu.

Dia tahu yang Hyun Bin tetap akan pulang ke rumah ini walaupun bergaduh dengannya sekali pun. Namun dia silap, pada malam itu Hyun Bin tidak pulang ke rumahnya.











Hottest Series 2: Black Hoodie Where stories live. Discover now