0:15

499 89 47
                                    

Kim yang sedang memegang sejambak bunga itu menekan loceng rumah Jihyo, sambil itu dia memeriksa kekemasan dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kim yang sedang memegang sejambak bunga itu menekan loceng rumah Jihyo, sambil itu dia memeriksa kekemasan dirinya.

Soo Jung yang membuka pintu utama rumah itu mengukir senyuman manis pada Kim. Dia berasa sedikit teruja melihat bunga di tangan itu.

" Jihyo ada?, I nak jumpa dia "

Riak wajah Soo Jung bertukar menjadi kelat memandang Kim.

" Dia demam, awak tak payah lah jumpa dia "

" Oh really? I nak tengok juga dia boleh i masuk? "

" Hish, ye lah silakan "

" Thank you "

Kim menundukkan badan nya lalu menaiki tangga rumah jihyo seakan-akan rumah itu miliknya. Pintu bilik jihyo dikuak.

Sekujur tubuh sedang mengigil badannya menahan kesejukkan sedangkan tidak memasang pendingin hawa.

Dia menghampiri jihyo yang lena itu, lantas tangannya naik menyentuh dahi jihyo, bahang panas yang melekat pada tapak tangan nya menandakan yang jihyo sedang demam panas.

Bibir jihyo mula terketar-ketar dan membisikkan nama seseorang yang membuatkan kim berasa sedikit pelik.

" J.. jungkook "

" Siapa Jungkook? "

Kim hanya mempedulikan perkara tersebut, Dia pantas mencempung badan jihyo lalu membawa turun untuk dibawa ke hospital.

Di pertengahan tangga, Soo Jung menghalang perbuatan Kim yang mahu membawa jihyo ke hospital.

" Eh, awak nak bawak jihyo pergi mana ni?"

" I nak bawak dia pergi hospital. Dia demam panas sangat ni. You ketepi sekarang "

" Tak perlu lah , Nanti dia makan ubat okay lah tu. Letak balik dia dalam bilik "

" Shut up, I don't care, I nak bawak juga dia ke hospital. Please close your freaking mouth. It's too loud "

Merah padam wajah Soo Jung. Kim mula berjalan meninggalkan Soo Jung sambil memegang erat badan jihyo. Baru sahaja dia mahu meletakkan jihyo dalam kenderaannya. Hyun Bin datang terkecoh-kecoh dengan riak wajah yang risau.

" apa yang jadi ni kim? "

" Dia demam, I nak bawak dia pergi hospital. "

" Aku nak ikut, kau tunggu kejap "

" Faster please, dia meracau ni. "

Kim mula memandu kenderaannya, Hyun Bin yang melihat jihyo sedang terbaring di belakang berasa sungguh risau. Kim mula menyumpah seranah Hyun Bin dalam hati kerana menganggu perjalananya.

Dia mahu menjadi hero pada Jihyo.










Pada petang itu juga Jihyo dimasukkan ke wad persendirian atas permintaan Kim. Keadaan jihyo masih lagi belum pulih. Hyun Bin dan Kim membuat keputusan untuk menjaga jihyo pada malam ini.


Namun siapa yang tahu bahawa keadaan jihyo sentiasa dipantau oleh Jungkook. Malah ketika Hyun Bin dan Kim keluar sebentar untuk mengisi perut, Jungkook hadir sebentar melihat keadaan jihyo sebelum meninggalkannya untuk beberapa hari lagi.

Hottest Series 2: Black Hoodie Where stories live. Discover now