Sudah hampir 1 minggu jihyo tidak melihat jejaka itu pada waktu malam, Omma Song juga sudah seminggu tiba daripada kampung, Soo Jung masih lagi tidak memberitahu tentang hubungannya.Ding dong!
Jihyo berlari ke arah pintu lalu membukanya. Dia terkedu apabila melihat wajah yang kelihatan baru di sekitar kawasan perumahan itu
" Hai saya Hyun bin jiran baru awak, selamat berkenalan "" Er, Hai "
" Jihyo!, Siapa datang tuu? "
" Jiran baru "
" Jemput lah dia masuk "
Omma Song berjalan menuju ke pintu utama mengomel tentang jihyo yang tidak reti menjemput tetamu untuk masuk ke rumah, Langkahnya terhenti sebelum tersenyum lebar.
" Eh?, jemput lah masuk. Jihyo ni pergi buat air untuk tetamu kita. Encik nama apa ya? "
" Saya Hyun Bin, saya baru pindah dekat depan rumah makcik ni "
" Alahai kacaknya senyuman manis mu, lesung pipit tu dalam nya "
Jihyo sekadar mengelengkan kepalanya sambil membawa dulang berisi air dan sedikit manisan, Soo Jung hanya tersenyum nakal memandang wajah Omma Song lalu menyiku lengan jihyo sambil menjuihkan bibirnya.
" aku rasa Omma Song macam berkenan je dengan Hyun Bin tu, Hyun Bin tu sesuai apa dengan kau. Ahh kacaknya "
" Kepala hotak kau, entah-entah dia dah beristeri agaknya "
" Hmm, apa apa je lah. Ha jihyo, itu baru betul jiran yang pindah sini bukan yang kau duk nampak malam-malam buta tu "
" Ikut suka hati kau lah Soo Jung, yang penting aku nampak dia, kau tak nampak sudah "
Detik tepat pukul 12 tengah malam, Jihyo berdiri di tingkap sambil memandang ke rumah yang bersebelahan dengan rumahnya itu.
Dia sedang menunggu kehadiran lelaki yang menutup separuh mukanya dengan mask seakan-akan ingin melindungi wajahnya daripada kelihatan.
Detik itu juga dia dapat melihat jejaka itu tiba dengan kereta pacuan empat roda yang mewah dan mengeluarkan barang-barang daripada kereta itu.
Lantas satu idea terlintas pada kepala, Jihyo menukarkan pakaiannya kepada pakaian sukan dan mengambil telefon nya juga bersama Airpod nya.
Dia mula keluar dari rumahnya dan secara perlahan dia berjogging melalui rumah jirannya itu. Dari anak mata nya dia dapat lihat jejaka itu memberhenti melakukan kerjanya dan memandang ke arahnya.
Dia masih lagi meneruskan lariannya sambil tersenyum kecil. Ini sahaja peluang yang dia ada. Jihyo duduk di bangku yang tersedia dan mengambil nafas yang agak panjang untuk meredakan kelelahan yang di alaminya.
" Sh*t , Siapa dia? Sebelum ni aku datang tak pernah pun tengok dia. "
" .........! Kau tak pindah masuk lagi ke? "
" Hujung minggu ni "
YOU ARE READING
Hottest Series 2: Black Hoodie
FanfictionSiapa jejaka itu? Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu? Siapa dia? Jiran baru ke? Tapi kenapa malam buta baru pindah? Peliknya. Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello