- A Black Leather Jacket -
Tepat jam 12 malam, Jihyo berdiri di tepi tingkap memandang ke arah luar. Dia menanti kehadiran orang misteri itu.
" Aku mesti buktikan yang aku tak bermimpi ataupun berangan macam yang Soo Jung cakap tu "
Dia mula berasa teruja apabila melihat kereta mewah itu berhenti di hadapan rumah kosong itu. Pemiliknya kali ini memakai baju serba hitam lagi. Lantas, telefon yang berjenama itu di ambil untuk merakam segala perbuatan orang misteri itu.
Susuk tubuh orang misteri itu seakan-akan seorang lelaki yang gagah. Gelagat jejaka itu hanya diperhati Jihyo sambil merakam segala perbuatan jejaka itu.
Dari segi mengangkut barang yang agak berat sehingga lah dia melihat jejaka tersebut duduk di salah sebuah kerusi yang memisahkan rumah Jihyo dan rumah Jejaka itu.
Jejaka itu membuka jacket nya dan dia meletakkan jacket tersebut di atas kerusi itu. Terselah lah pakaian jejaka itu yang berbaju hitam berlengan pendek, bertopi dan memakai mask menutupi separuh wajahnya.
Jihyo mula tertanya-tanya tidak sesak nafas kah apabila memakai mask itu sambil membuat kerja?
Jarum jam sudah menunjukkan menghampiri pukul 2:50 minit pagi. Sanggup Jihyo berjaga beberapa jam untuk memerhati gelagat jejaka itu. Matanya mula terkelip kelip ingin menutup dan merehatkan diri .
Tepat jam 3:40 minit pagi, Jejaka itu memasuki kereta dan berlalu pergi tanpa mengambil kembali jacketnya itu sepertinya jejaka itu sudah lupa tentang jacket hitam dia itu.
Jihyo mula merehatkan diri selepas memerhati gelagat jejaka itu tanpa berhenti. Dalam hatinya berasa teruja untuk menunjukkan rakaman itu kepada Soo Jung.
Matahari menyinar terang Jihyo merungut perlahan. Sungguh dia berasa keletihan kerana tidak cukup tidur. Tapi memikirkan yang hari ni dia mahu menunjukkan rakaman itu kepada Soo Jung. Dia perlu lah bangun dan segarkan diri.
Selesai membersihkan dirinya, Jihyo berlari menuruni tangga sambil memanggil Soo Jung
" Soo Jung ahhh!, Soo Jung ah!! "
" Apa? "
" Aku ada benda nak bagitahu ni "
" ha, apa dia? "
Lantas telefon yang berjenama itu di keluarkan untuk menunjukkan rakaman yang tersimpan itu. Telefon itu diserahkan kepada Soo Jung
" Kau tengok lah video tu, penat tau semalam aku duk jadi spy orang tu. "
" Kau mengarut lah, tak ada pun video nya. Hish aku dah cakap jangan berangan. Pening lah aku dengan kau ni "
Jihyo yang tersenyum sambil melompat itu terhenti apabila mendengar kata-kata Soo Jung, Kenapa rakaman itu boleh hilang?. Apa masalah telefon nya itu. Buat penat je dia memerhati gelagat jejaka itu dan mengorbankan waktu tidur nya.
Jihyo hanya mengukir senyuman pahit lalu keluar duduk di kerusi yang jejaka itu duduk. Dia mula perasan apabila melihat pakaian jejaka itu. Oh ni bukan ke leather jacket berwarna hitam yang berjenama mahal.
Pantas jacket itu dibawa naik dan masuk ke biliknya. Dia menyimpan jacket itu seelok-eloknya.
" Nanti kalau dia datang lagi, aku sendiri akan pergi serahkan jacket hitam ni . "
" AHHH, KENAPA AKU BOLEH TERTINGGAL JACKET HITAM TU "
YOU ARE READING
Hottest Series 2: Black Hoodie
FanfictionSiapa jejaka itu? Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu? Siapa dia? Jiran baru ke? Tapi kenapa malam buta baru pindah? Peliknya. Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello