Peristiwa yang berlaku 7 tahun yang lalu :-
Jihyo ditakdirkan mempunyai sedikit keistimewaan, dia boleh melihat masa hadapan dan tuhan telah menakdirkan yang dia juga merupakan kekasih sejati pada Jungkook.
Jungkook merupakan separuh vampire dan separuh manusia. Dia mempunyai satu niat sahaja mahu hidup seperti biasa bersama kekasih sejatinya tanpa diganggu dengan orang lain.
Ia bermula apabila Jihyo telah melihat masa hadapan dimana dia akan tersakiti kerana dipaksa untuk berpisah dengan kekasih sejatinya. Jihyo pantas bangun dan berjalan-jalan di waktu malam untuk menenangkan dirinya.
Pada ketika dia sedang berjalan, kepalanya hampir sahaja terkena balingan bola keranjang sebelum ada seseorang yang menyelamatkan dirinya.
Dia mendongakan kepala untuk melihat siapa yang menyelamatkan dirinya dan dia ingin berterima kasih. Namun nafasnya seakan-akan terhenti apabila melihat jejaka itu.
Memakai mask menutupi separuh wajahnya dan menyarung sehelai hoodie hitam. Matanya yang berwarna coklat gelap itu memandang mata jihyo lama. Satu perasaan rindu mula terbit pada kedua-dua hati mereka seakan-akan mereka telah lama tidak berjumpa.
Jihyo pantas menundukkan badan nya tanda terima kasih pada jejaka itu. Baru sahaja dia mahu pergi meninggalkan jejaka itu , lengannya ditarik malah didudukan di dalam sebuah kereta.
Jihyo tidak dapat bersuara kerana ia berlaku dengan sangat pantas. Dia hanya kaku duduk di kerusi penumpang sambil memandang ke arah jejaka itu.
Sampai sahaja di rumah agam yang kelihatan sungguh mewah dan besar itu. Sekali lagi jihyo ditarik ke dalam rumah itu. Jihyo terkebil-kebil memandang keadaan sekeliling.
Jejaka itu merenung jihyo lama seakan-akan ingin meluahkan segala perasaannya yang tersimpan selama ini. Baru sahaja dia mahu bersuara Jihyo sudah bersuara terlebih dahulu.
" Saya dekat mana ni?, jangan buat lawak saya nak balik "
" ini cara kau nak berterima kasih dengan aku sebab dah selamatkan kau? "
Jihyo mengetap bibirnya dirinya mula berasa ketakutan. Lantas dia berkali-kali menundukkan badannya sebelum cuba melarikan diri ke pintu utama.
Namun cubaan itu disekat, Jejaka itu menggunakan matanya untuk membuat jihyo tunduk padanya dan mendengar arahannya tetapi perbuatan itu tidak menjadi kerana jihyo seakan-akan dilindungi oleh sesuatu.
Jejaka itu mengeluh perlahan sebelum menghampiri jihyo, Tangan yang berurat itu mengusap kepala jihyo.
" Nama aku jungkook "
Sejak dari peristiwa itu, mereka berdua sering kali berhubung malah tiap malam pada pukul 12 malam pasti Jungkook akan tiba dihadapan rumahnya.
Takdir tuhan itu cantik apabila Jungkook mahu melamar jihyo tetapi jihyo dipaksa berpisah dengan kekasih sejatinya.
Malah bukan dipaksa berpisah, Omma Song , Soo Jung dan para penduduk disitu mula memburu Jungkook. Bagi mereka keturunan vampire itu tidak seharusnya wujud dalam kalangan mereka.
Hari demi hari, Jungkook dipertemukan dalam keadaan yang sangat menyayat hati, dia diangkat dengan penduduk di situ malah di campak keluar dari kawasan itu.
Jungkook yang tercedera itu hanya mampu mengalirkan air matanya sahaja, dia tidak minta untuk dilahirkan sebegini. Dia hanya mahu kehidupan yang tenang, sunyi tanpa sebarang gangguan.
Jihyo semakin tersakiti, dia sering kali muntah darah yang sangat banyak. Namun Omma Song dan Soo Jung hanya menggunakannya untuk kepentingan masing-masing. Kebolehan jihyo dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka dan ia menjadi perhatian orang ramai
Lama kelamaan, jihyo semakin sakit. Badannya menyusut dengan hebat sekali. Malah pada satu ketika dia mula dipaksa untuk mengambil pil. Ingatan jihyo pada jungkook dan kebolehan juga masa silamnya hilang dari ingatannya. Itu lah yang harus ditanggungnya kerana terpaksa berpisah dengan kekasih sejatinya.
Jungkook memulakan hidup barunya tanpa kekasih sejatinya . Namun tiada siapa pun yang tahu bahawa Jungkook mahukan jihyo kembali.
- nak delete cerita ni, okay bye -
YOU ARE READING
Hottest Series 2: Black Hoodie
FanfictionSiapa jejaka itu? Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu? Siapa dia? Jiran baru ke? Tapi kenapa malam buta baru pindah? Peliknya. Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello