Yoora memandang Hyun Bin yang terlihat serabut itu lantas dia menghampiri Hyun Bin. Jari jemarinya menyentuh bahu Hyun Bin sebelum ditepis.
" You ni kenapa? You patut bersyukur tau i balik ni. Tak perlu lah layan i macam orang tak berguna pulak "
" Siapa suruh kau balik!, kau yang nak duduk sana kan! Kau yang sibuk dengan kehidupan kau sendiri kan! Buat apa kau balik!? "
Hyun Bin meninggikan suaranya tanda dia bengang dengan Yoora, berbulan-bulan dia ditinggalkan oleh Yoora yang sibuk dengan kehidupannya sendiri. Lagi pun perkahwinan mereka berdua hanya lah disebabkan kepentingan Yoora sahaja bukan dirinya.
" YOU NI KAN! MEMANG HIDUP I YOU TAK BOLEH GANGGU!, YOU TAK ADA HAK NAK HALANG I "
" HAK? KAU CAKAP PASAL HAK? EH HIDUP KAU AKU TAK BOLEH GANGGU, HABIS HIDUP AKU KENAPA KAU GANGGU!? "
" SEBAB YOU MILIK I, YOU MILIK I! "
" BUKAN! AKU BUKAN MILIK SESIAPA! "
Hyun Bin berjalan meninggalkan rumah dan juga isterinya yang melihat nya. Yoora terdiam dan kelu dia sudah buat kesilapan yang besar.
Terasa orang bermain dengan wajah kacaknya membuatkan dia membuka matanya. Lama dia merenung Jihyo yang di hadapannya ini. Tangannya naik mengusap pipi mulus dan gebu itu.
Sejujurnya dia tidak lah pandai bermain dengan kata-kata manis, dia sejenis manusia yang suka meluahkan melalui perbuatannya. Setiap orang berbeza caranya.
Pintu bilik wad dibuka menyebabkan dia terus bangun dan sekaligus berdiri di tepi katil jihyo. Masknya pantas ditarik menutupi wajahnya. Doktor dan nurse yang merawat jihyo memasuki wadnya untuk melihat keadaan jihyo.
Jungkook hanya berdiri di tepi dan mendiamkan diri nya. Selesai memeriksa keadaan jihyo, doktor terkejut kerana demam jihyo sudah kebah malah tekanan darahnya juga normal.
" cik jihyo dah okay, mungkin esok cik dah boleh keluar "
Kata-kata doktor disambut dengan baik, Jihyo tersenyum manis kerana suka boleh keluar dari hospital ini. Jungkook hanya menganggukkan kepalanya.
Setelah sahaja pemergian doktor dan nurse, Jihyo menarik lengan jungkook menyebabkannya terduduk di birai katil. Jungkook mengangkat keningnya seperti memberi isyarat apa?.
Jihyo menepuk perut kerana dia berasa sungguh lapar.
" saya lapar.. "
" Kejap, aku pergi beli makanan "
Tidak sampai 10 minit, Jungkook tiba dengan makanan yang bakal mengisi perut jihyo. Dia mula mengambil tempat di sebelah jihyo, bubur ayam itu ditiup sebelum dia menyuap ke mulut jihyo.
Dia baru sahaja menyelesaikan bil hospital tersebut, Jihyo yang disebelahnya di pimpin menuju ke tempat letak kereta .
Jihyo didudukan di kerusi penumpang dan pintu ditutup. Dia mula mengambil tempat di bahagian pemandu, handbreak diturunkan lalu pedal ditekan, meluncur laju kereta pacuan empat roda membingitkan suasana di jalan raya.
Satu sahaja tujuannya, dia mahu membawa jihyo ke rumah di mana tiada sesiapa pun tahu keberadaan rumah itu.
YOU ARE READING
Hottest Series 2: Black Hoodie
FanfictionSiapa jejaka itu? Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu? Siapa dia? Jiran baru ke? Tapi kenapa malam buta baru pindah? Peliknya. Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello