Hyun Bin membuka pintu rumahnya terkejut melihat Kim yang seperti tidak cukup tidur masuk dan duduk di ruang tamu nya.
Kim terduduk dan memandang ke arah luar, sudah hampir 3 hari dia tidak boleh tidur kerana termimpikan jihyo yang menggoda nya. Rambut yang sangat serabut itu jelas menunjukkan bahawa Kim dalam keadaan kusut.
Hyun Bin menghulurkan segelas jus oren dan sedikit manisan untuk Kim nikmati, Dia mula mengambil tempat disebelah Kim.
" Kau kenapa Kim? Aku tengok kau macam tak cukup tidur je, Kau stress pasal apa? "
Kim masih lagi mendiamkan diri tanpa membalas kata-kata Hyun Bin. Hyun Bin juga mendiamkan diri sehingga lah Kim mula bersuara.
" Aku rasa aku dah gila, Kau tahu tak aku tak boleh tidur sebab termimpikan jihyo tu STRESS AKU! "
Hyun Bin hanya tertawa kecil sebelum dirinya ditegur dengan Kim, Hyun Bin menepuk-nepuk bahu Kim.
" Tak ada apa lah, mungkin kau nak berkenalan sangat kut dengan dia sampai termimpi-mimpi kan dia "
" Yeke? Hyun Bin kau tak boleh ke buat dia berkenalan dengan aku? Aku rasa hidup aku tak tenang lah wey "
" Hahah, tengok lah nanti kalau aku jumpa dia aku bagitahu yang kau nak berkenalan dengan dia "
" Hyun Bin, aku dah lama nak tanya kau "
" Apa? "
" Cincin kat jadi tu kau dah kahwin ke? "
Hyun Bin tersenyum pahit sebelum membuka mulut untuk menceritakan perkara sebenar.
" Actually aku.. "
Soo Jung mengetap bibirnya perlahan dia terasa sedikit sakit hati apabila melihat Jihyo yang sedang mengubah bunga di halaman rumah itu.
Bukannya dia tidak tahu yang Jihyo masih lagi berhubungan dengan lelaki yang tidak pernah wujud di hadapan mereka semua.
Dia sudah tidak tahu hendak buat bagaimana untuk memisahkan keduanya. Omma song jugak sudah kekeringan idea.
Jungkook memandang jihyo yang mengubah bunga itu, Dia tersenyum disebalik mask yang dipakai. Comel betul Jihyo bagi dirinya.
Serentak dengan itu deringan telefon berbunyi dengan sangat kuat dan menyebabkan konterasi Jungkook terhadap Jihyo terganggu.
Tangan yang berurat itu mencapai telefon berjenama itu dan panggilan yang diterima agak serious.
" Hello? "
" Welcome back, Damian "
- End Of Part One -
YOU ARE READING
Hottest Series 2: Black Hoodie
Fiksi PenggemarSiapa jejaka itu? Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu? Siapa dia? Jiran baru ke? Tapi kenapa malam buta baru pindah? Peliknya. Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello