- Bukak tau lagu tu -
Sudah hampir seminggu jihyo di tahan di wad. Keadaannya masih lagi belum pulih. Kim keresahan kerana dia terpaksa meninggalkan jihyo selama beberapa minggu atas urusan kerja di luar negara.
Peluang itu Hyun Bin manfaatkan sepenuhnya pada mulanya namun kini tidak lagi apabila pemilik cincin dijarinya sudah kembali. Hyun Bin dikawal sepenuhnya oleh yoora iaitu pemilik cincin dijarinya.
Jihyo berseorangan di wad nya. Demamnya masih lagi belum kebah, tetapi mungkin selepas ini demamnya akan kebah seperti biasa.
Pintu bilik wad dibuka perlahan, susuk tubuh yang tegap itu menghampiri jihyo yang sedang tidur dengan lena itu. Punggungnya dilabuhkan pada birai katil. Tangannya yang berurat naik mengusap rambut jihyo perlahan.
Jihyo membuka sedikit matanya apabila terasa sentuhan di rambutnya. Retina nya cuba untuk memfokuskan susuk tubuh lelaki di hadapannya itu. Setelah dia dapat mengenal pasti siapa lelaki itu.
Air mata mengalir di tubir matanya. Susuk yang berhoodie hitam dan memakai mask menutupi separuh wajahnya membuktikan bahawa lelaki yang dirinduinya itu sudah pulang.
Tangisannya pecah sebelum merasai tubuhnya dirangkul erat seperti tidak membenarkan satu ruang pun berada di antara mereka berdua. Belakangnya di gosok perlahan.
Dia masih lagi tersedu sedan dan tangan berurat itu tidak henti memujuk dirinya sehingga lah air mata itu berhenti mengalir. Jungkook meleraikan pelukan itu sebelum menarik masknya ke bawah dan mengucup dahi jihyo perlahan. Jihyo memejamkan matanya dan menyedari bahawa Jungkook sudah pulang.
Ya, kekasih sejatinya sudah pulang untuk membawanya jauh dari semua orang. Jihyo kembali memeluk jungkook, Jungkook tidak kisah berapa lama pun jihyo mahu memeluk tubuhnya. Dia akan terus berada disisi jihyo dan menjaganya.
Dia mula membaringkan badannya tanpa meleraikan pelukan itu, jihyo baring di atas dada nya mendengar degupan jantung yang selama ini dirinduinya. Bibir merah jungkook mula menuturkan suara.
' Know you love me girl so that I love you '
Makin erat pelukan itu makin mengasak perasaan yang selama ini menghantui dirinya .
' Always, I'll be there for you by your side don't worry bout a thing my love '
' I know, that day your when your gaze fixed on me is something can't be replaced by anything in the world, a piece only shared between you and me '
' say to me ~ '
' if you love me '
' Tell me '
' If you same with me '
' sing for you '
' say I love you '
' Tell you '
' That I love you too '
Mereka berdua tidur dalam kehangatan masing-masing, ya mereka bersatu sebentar sebelum bersatu dalam erti kata sebenar. Semoga takdir menjadi sangat cantik buat mereka berdua.
- manis sangat ke? Sampai potong kaki? HAHAHAH -
YOU ARE READING
Hottest Series 2: Black Hoodie
FanficSiapa jejaka itu? Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu? Siapa dia? Jiran baru ke? Tapi kenapa malam buta baru pindah? Peliknya. Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello