0:13

521 77 19
                                    

Selimut yang membaluti tubuh badannya membuatkan jihyo tertanya-tanya siapa yang menyelimutkan dirinya ketika dia tertidur di balkoni menunggu kekasih hati?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selimut yang membaluti tubuh badannya membuatkan jihyo tertanya-tanya siapa yang menyelimutkan dirinya ketika dia tertidur di balkoni menunggu kekasih hati?. Sedangkan pintu biliknya berkunci.

Namun pertanyaan itu sudah ada jawapannya apabila dia merasai tubuh badan yang gagah perkasa dan tegap itu menyentuh badan kecilnya.

Berbaju hitam berlengan pendek menampakkan lengannya yang berurat itu. Jihyo hanya tersenyum manis semakin mendalamkan kepalanya ke dada bidang milik kekasih hati.








Jihyo tersedar dari mimpinya, Dia mula tercari-cari kekasih hatinya namun kelibat tidak kelihatan malah tiada selimut pun yang menyelimuti dirinya. Dia mula terbatuk-batuk kecil seakan-akan menandakan bahawa dia akan demam.

Dengan langkah yang berat dan kepala yang pening, jihyo perlahan-lahan masuk ke biliknya. Hidungnya mula berair. Bibirnya terketar-ketar kesejukkan. Matanya cuba dipejam kembali agar mimpi itu mengambil alih semula.














Jungkook yang melihat gambar-gambar jihyo yang saban hari menunggu dirinya. Mula terasa bersalah kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia membawa jihyo lari dari rumah itu dan tinggal bersamanya.

Dia juga tahu yang Omma Song dan juga Soo Jung merancang untuk memisahkan mereka berdua lagi. Jungkook mengeluh perlahan dia perlu bertindak lebih awal ketika ini untuk menghentikan mereka berdua daripada menyakiti pemilik hatinya.

Hoodie berwarna hitam dan juga mask yang menutupi separuh wajahnya itu ditanggalkan. Terdedah satu parut yang panjang pada dada bidangnya . Lama matanya memandang ke arah cermin.

" Nampaknya peristiwa 7 tahun lepas akan berlaku kembali, Kali ini aku tak akan benarkan kau ambil pemilik hati aku "




















Jihyo meracau-racau memanggil nama jungkook dan itu membuatkan Soo Jung semakin marah, Lantas dia menarik satu pil namun ditahan dengan Omma Song.

" Jangan, kita tak boleh bagi pil ni lagi. Dengar sini, kita kena bertindak dalam diam, jangan biarkan sesiapa tahu "

" Tapi Omma song, makin lambat kita bertindak makin senang dia nak rampas balik milik dia "

" Jihyo bukan milik sesiapa, Dia hanya milik kita. Dengar tak? "























Kim tersenyum sinis sambil memandang Hyun Bin yang sedang menyapu halaman rumahnya. Kemudian matanya tertancap pada rumah Jungkook.

Walaupun rumah itu kelihatan kosong namun dia dapat merasakan yang rumah itu mempunyai penghuni.

" hmm, aku ada pesaing lah. Hyun Bin kalau kau dah ada isteri buat cara ada isteri. Jangan biarkan isteri kau terkapai-kapai. "























Rambut berwarna perang itu diraup, cermin mata hitam ditanggalkan terselah kecantikan pada wajahnya. Bagasi yang berjenama mewah itu ditarik dan setiap langkahnya ditemani dengan pandangan daripada kaum lelaki dan juga wanita.

Pintu keretanya dibuka dan pemandu peribadinya menundukkan badannya. Lantas dia masuk dan memberi arahan untuk ke rumah suaminya.

" Selamat kembali, Puan Yoora "

























Hottest Series 2: Black Hoodie Where stories live. Discover now