Siapa jejaka itu?
Jejaka yang sedang berdiri di luar rumah itu?
Siapa dia?
Jiran baru ke?
Tapi kenapa malam buta baru pindah?
Peliknya.
Inspired by : My Oh My - Camilla Cabello
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
P/s: Buka lagu tu tau.
Setelah menyelesaikan kerjanya, Jungkook kembali ke rumah agamnya yang terletak jauh dari bandar. Pedal motor dipulas lebih kuat, Dia memandu motor dengan sangat laju kerana mahu pulang ke rumah setelah 2 hari tidak pulang ke rumah dan pastinya jihyo berasa sunyi dan risau akan dirinya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pipi jihyo diusap-usap untuk mengejutkan dirinya. Jihyo membuka matanya perlahan dan mengeliat kecil. Dia terkebil-kebil memandang jungkook yang memakai hoodie berwarna hitam yang menjadi kebiasaannya. Mask seperti biasa tidak lepas daripada wajahnya
Jungkook menghulurkan sehelai hoodie berwarna putih bersih untuk Jihyo tukar bersama sehelai seluar jeans hitam.
" Pakai ni dan ikut aku "
Jihyo hanya mengambilnya, Jungkook keluar untuk memberi ruang pada jihyo menukar pakaiannya. Jihyo menghampiri Jungkook yang berdiri di luar pintu bilik itu. Lantas dia menyentuh bahu jungkook seakan-akan memberi isyarat bahawa dia sudah siap.
Jungkook memandang Jihyo lalu menganggukkan kepalanya sebelum menarik jihyo menaiki motor untuk ke suatu tempat. Laju sahaja motor yang berkuasa tinggi itu membelahi angin malam.
Mereka tiba di hutan yang agak besar itu, Jungkook mematikan enjin motornya dan membuka helmetnya. Lantas dia berjalan memasuki hutan itu. Jihyo hanya mengikut daripada belakang. Dia sebenarnya berasa agak takut kerana hutan tersebut kelihatan sedikit menyeramkan.
Namun, semua itu hanyalah luaran sahaja. Dalamnya sungguh cantik dan menarik perhatian Jihyo. Dia memandang sekeliling bunga-bunga yang tumbuh liar sekitar pokok-pokok besar sungguh cantik terletak.
Semakin lama mereka berdua semakin menghampiri sebuah gua yang sangat besar. Jungkook memberhentikan langkahnya dan memusingkan tubuh badannya lalu menarik tangan jihyo kerana risau yang jihyo akan hilang dari pandangan matanya. Mereka berdua kembali berjalan sambil memegang tangan antara satu sama lain.
Mereka memasuki gua tersebut dan melalui celah batu-batu yang tajam dan curam. Penat mendaki dan memanjat. Akhirnya mereka tiba di destinasi yang jungkook ingin tunjuk. Kepenatan yang mengasak jiwa itu hilang selepas mendapat satu pemandangan yang sangat cantik.
Di dalam gua itu, terletak satu pokok sakura yang besar di tengah-tengah tasik. Gua yang tinggi dan besar itu sungguh cantik melindungi okok sakura itu. Cahaya malam yang melalui dari atas permukaan gua itu memancar menerangi ruang di situ. Terdapat juga batu-batu yang terletak sebagai jalan untuk ke pokok sakura itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
P/s: Imagine gambar ni malam.
Jihyo terpegun dengan pemandangan itu,mulutnya terbuka kecil. Tidak lepas dia memandang kecantikan alam yang semula jadi itu. Jungkook akhirnya membuka mask yang dipakai olehnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jihyo memusingkan tubuh badannya lalu terkedu apabila melihat wajah Jungkook yang sedang merenung dirinya. Dia sungguh terkejut apabila Jungkook membuka masknya. Wajah yang terletak sempurna itu seakan-akan pernah menjengah di ingatannya.
Jungkook memegang kedua belah tangan jihyo lalu mengucupnya. Dia memandang mata jihyo, ingin meluahkan rasa rindunya kerana sudah lama berpisah.
" Kita buat apa dekat sini awak? "
" Kau nak kahwin dengan aku kan? "
" Ye, ta-"
" Kat sini kita langsung kan. Aku tak nak tuexsedo, aku tak nak orang datang, aku tak nak majlis, aku tak nak semua benda tu. Aku cuma nak kita berdua je tanpa ada semua tu. Aku cuma nak kita pakai hoodie dan langsungkan perkahwinan ini. Cukup kau,aku dan alam ini "
Jihyo hanya menganggukkan kepalanya selepas mendengar kata-kata Jungkook. Dia juga mahukan perkara sebegitu. Dia tidak mahu memakai dress yang berat dan mahal, Dia hanya mahu menyarungkan hoodie sahaja. Dia tidak mahu majlis besaran. Dia hanya mahu mereka berdua sahaja semasa perkahwinan berlangsung.
" Aku terima kau sebagai isteri aku, baik buruk kau hanya aku yang tahu. Janji hidup dengan aku sampai bila-bila "
" Saya terima awak sebagai suami saya, baik buruk awak hanya saya yang tahu. Janji hidup dengan awak sampai bila-bila "
Jungkook mengeluarkan sekalung rantai yang berisi cincin dan sebentuk cincin. Rantai itu jungkook memakaikan pada leher jihyo lalu cincin yang sebentuk itu diserahkan kepada jihyo untuk menyarungkan pada jarinya. Sesi menyarung cincin selesai.
Mereka berdua memandang antara dan akhirnya bibir mereka bercantum di hadapan pokok sakura itu. Kelip-kelip memenuhi ruang gua yang terletak pokok sakura itu mengeluarkan cahaya daripada badan mereka lalu cahaya berwarna oren itu memenuhi ruang gua tersebut. Alam seakan-akan memberi keizinan kepada mereka berdua. Sungguh cantik tempat itu. Jihyo berasa bahagia. Pokok-pokok di hutan itu seakan-akan bernyanyi.