0:19

462 79 33
                                    

Jihyo memandang Jungkook yang termenung jauh itu, Dia masih tertanya-tanya Jungkook tidak berasa sesak ke semasa memakai mask itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihyo memandang Jungkook yang termenung jauh itu, Dia masih tertanya-tanya Jungkook tidak berasa sesak ke semasa memakai mask itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke arah Jungkook.

Tangannya menyentuh bahu jungkook tanda mahu menyedarkan lelaki itu daripada lamunannya. Jungkook tersentak lalu menoleh ke arah Jihyo.

" awak, awak ada masalah ke? Kalau ada masalah awak share lah dengan saya, mana tahu saya boleh tolong "

Jungkook hanya mendiamkan diri, dia menarik jihyo dekat pada dirinya lalu wajahnya disembam pada bahu jihyo mencari ketenangan di situ.

Hampir 10 minit mereka berdua mendiamkan diri masing-masing tanpa memutuskan ikatan itu. Jihyo mengetap bibirnya. Dia seakan-akan dapat melihat masa hadapan yang terjadi pada matanya sekarang.

Dia berasa sungguh pelik kerana dia tidak pernah mengalami perkara seperti itu, dia tidak pernah melihat masa hadapan. Namun dia silap, dia mempunyai kelebihan itu tapi disebabkan angkara Omma Song dan juga Soo Jung dia jadi lupa akan kelebihannya itu.

Nafasnya mula tidak teratur Jungkook mengangkat kepalanya apabila merasakan nafas jihyo seakan-akan tersekat. Dia lantas melihat wajah jihyo yang berpeluh dia menepuk-nepuk pipi jihyo untuk mengejutkan nya namun tiada sebarang riaksi.

Jungkook mula panik dia mula memanggil nama jihyo berkali-kali. Kerisauannya semakin melonjak naik apabila nafas jihyo seakan-akan terhenti.

" Jihyo! Jihyo ya! Kau sedar tak ni! "

Hampir 5 minit jihyo berkeadaan begitu sebelum tersedar dengan sendirinya. Dia terkebil-kebil memandang Jungkook yang kelihatan sungguh panik itu. Jungkook menghela nafasnya lega sebelum memegang pipi jihyo. Sungguh dia berasa sangat takut akan perkara yang berlaku sebentar tadi.

" Kau okay tak ni "

" S.. Saya okay "






Jungkook mengambil tangan jihyo sebelum mengucupnya perlahan. Dia tidak mahu lagi berpisah dengan kekasih sejatinya. Cukup lah perkara yang lepas membuatkan perkara berdua terseksa. Dia sudah penat dengan semua ini.

Dia harus lakukannya, Dia mahu mengikat Jihyo agar tiada orang pun yang boleh mengambil jihyo dari dirinya.

Dia memandang tepat pada mata Jihyo.












" Kita kahwin? "

















" Damian, Cik Jihyo ada disisi Jungkook. Apa yang harus kita lakukan sekarang? "

Dia menghisap rokok lalu tersengih sinis. Putung rokok di bagi kepada salah satu anak buahnya.

" Biarkan mereka berdua bahagia dulu sebelum aku tiba untuk menghancurkan kebahagiaan mereka "

Hottest Series 2: Black Hoodie Where stories live. Discover now