BAB 1

44.4K 1.6K 117
                                    

      HARI ini merupakan hari bersejarah bagi Anis Raihanna. Maklumlah, bakal bertunang atas permintaan keluarga.

Dia hanya bersetuju tanpa membantah kerana dia percaya akan pilihan orang tuanya. Dia pun bukan memilih sangat tentang pilihan hidupnya.

Tetapi tidak jika pilihannya hidup itu ialah Afiq Raihan!

Ya memang tidak sama sekali dia mahu mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu. Sedang dia leka dengan perasaannya,suara ibunya menerjah ke dalam gegendang telinga.

''Nis, cepatlah turun... Pihak lelaki dah sampai tu.. Jom ikut ibu.'' arah ibunya seraya menarik tangannya. Lantas, Anis hanya akur.

''Ibu, Nis nampak cantik tak hari ni bukan apa bu takut la kalau lelaki tu lari bila tengok Nis."
ujarnya tiba-tiba. Dia cuma risau sekiranya bakal tunangnya tidak dapat menerima dirinya.

''Anak ibu sentiasa nampak cantik. Nak tahu sebab apa? Sebab ibu pun cantik. Jadi kecantikan ibu turunlah pada anak ibu seorang ni.'' seloroh Puan Aimi terhadap anak tunggalnya bagi menghilangkan gelisah gadis itu.

Seloroh Puan Aimi membuatkan Anis ketawa tidak lama kemudian. Dia berasa lega sedikit selepas mendengar seloroh ibunya.

Sampai sahaja di ruang tamu,dia melihat ahli keluarganya berkumpul bersama keluarga pihak lelaki. Nampaknya mereka telah meneruskan majlis.

Tiba-tiba, dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya, Afiq Raihan yang merangkap sepupunya.

Pada mulanya, dia menjangka hanya Mak Ngah dan Pak Ngah yang datang, sebab sepupunya tu jenis workaholic sikit. Tak sangka pulak dia datang.

"Aduh, mamat ni sibuk la takkan tak ada kerja lain nak buat sampai nak datang. Dulu, bukan main payah nak datang rumah, sibuk katanya" getus hati Anis.

Gadis itu bukan tidak suka akan kehadiran lelaki itu tetapi dia risau jika lelaki itu bercakap buruk tentang dirinya kepada bakal tunangnya.

Tak ke naya dia nanti, dah la dia tak kenal sangat bakal tunangnya. Bayangkan apa jadi kalau Afiq Raihan memang buat macam tu.

Haih, mintak dijauhkan lah. Doanya di dalam hati.

"Anis, jom bakal mak mertua kamu nak sarungkan cincin tu."

Kata-kata ibunya menghentikan lamunannya buat seketika dan kembali ke realiti.

Terkebil-kebil dia berjalan kearah bakal mak mertuanya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada wanita yang sebaya dengan ibunya itu.

Dia mengambil tempat dihadapan wanita itu lantas tangannya dihulurkan kepada bakal mak mertuanya. Lalu,tangannya disambut lembut oleh bakal mak mertuanya, Puan Hazwani.

Wanita itu kelihatan amat gembira bersama dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Lalu, wanita itu menyarungkan sebentuk cincin pada jari manisnya yang runcing itu.

Memang tidak dinafikan, cincin itu terletak elok pada jarinya dan kelihatan sesuai dengan dirinya.

''Sekarang, Anis dah jadi tunang anak umi. Umi harap Anis dapat terima segala kekurangan yang ada pada Iskandar, anak lelaki umi, tunang kamu, Anis.''

Kata-kata Puan Hazwani bagai menyentuh hatinya. Dia hanya membalas dengan anggukan.

'Oh, nama tunang aku Iskandar' getus hatinya. Apa punya tunang la kau Anis, tunang sendiri pun taktau nama itu belum lagi rupa dia mesti kau tak tau jugakkan. Dia mengeleng kepala.

Bukannya, ibunya tidak menyuruh dia berkenalan dahulu dengan tunangnya tetapi dah beberapa kali. Namun dia yang tidak mahu, mahukan 'surprise ' katanya.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now