BAB 31

11.8K 641 45
                                    

"Jangan risau. Aku sentiasa ada untuk kau." ucap Afiq Raihan.

Dia memandang raut wajah isterinya. Anis Raihanna turut melakukan perkara yang sama.

Anak mata mereka berdua bertembung buat seketika. Lalu, Afiq Raihan kembali mengalihkan pandangan.

Anis Raihanna pula tersenyum nipis. Dia makin mengeratkan lingkaran tangannya pada batang leher Afiq Raihan.

"Hana, tolong bukakan pintu kereta. Aku tak boleh ni." pinta Afiq Raihan.

"Ha? Oh cuba kau turunkan aku dulu. Nanti kalau aku lepaskan tangan, takut terjatuh nanti" balas Anis Raihanna.

Afiq Raihan segera menurunkan isterinya dengan penuh hati-hati. Anis Raihanna cuba berdiri.

Tangan kirinya berpaut pada bahu suaminya. Sementara tangan kanannya pula membuka pintu kereta.

Dia melabuhkan punggung diatas seat kerusi kereta. Kakinya diangkat perlahan-lahan. Rasa berdenyut di bahagian pergelangan kaki kirinya.

"Aduhh,sakitnya." luah Anis Raihanna.

Dia hampir menangis. Sesekali dia cuba mengerakkan kakinya namun tidak berjaya. Kakinya pasti akan berdenyut.

"Meh sini aku tengok kaki kau. Yang mana yang sakit?" soal Afiq Raihan penuh prihatin.

Dia mencangkung. Ditilik seketika kedua-dua pergelangan kaki isterinya. Kelihatan pergelangan kaki kiri isterinya mula membengkak.

"Yang kiri ni kan?" soal Afiq Raihan lagi.

"Haah. Jangan pegang sakit." rayu Anis Raihanna.

Afiq Raihan membuka sandal yang dipakai isterinya. Dia menekan beberapa bahagian di pergelangan kaki isterinya. Mahu mengenal pasti punca yang menyebabkan isterinya kesakitan.

"Auuu! Janganlah tekan kuat sangat." marah Anis Raihanna.

Dia mempamerkan riak muka tak puas hati. Tangannya menepuk lengan Afiq Raihan. Dia sedang sakit. Tetapi boleh pulak suaminya menambah lagi kesakitan yang sedia ada.

"Sorry. Aku tak sengaja. Kau sakit dekat sini kan?" balas Afiq Raihan. Dia menekan bahagian yang sama tetapi kali ini dengan lebih lembut.

Anis Raihanna mengangguk tanda mengiyakan. Terkerut dahinya menahan kesakitan.

"Kaki kau terseliuh ni. Aku pergi beli ubat. Kau nak makan apa?" soal Afiq Raihan. Dia bingkas berdiri.

"Kau beli je la buah potong dengan air. Kalau ada gula-gula pudina, beli tau." pesan Anis Raihanna.

"Ha ok. Kau tunggu dalam kereta kejap. Lock kereta. Jangan bagi sesiapa masuk. Faham?" pesan Afiq Raihan pula.

Anis Raihanna sekadar mengangguk. Dia menghantar pemergian suaminya melalui ekor mata.

Seraya itu, dia mengunci pintu kereta dari dalam. Badannya disandarkan ke belakang.

Anis Raihanna melepaskan keluhan kecil. Matanya dipejam buat seketika. Tenang hatinya tika ini.

"Kau kena fikir betul-betul perasaan kau pada dia. Kau layak untuk bahagia wei."

Kata-kata Aira menerjah ke dalam benak fikirannya. Anis Raihanna termenung jauh.

Pandangannya dihalakan ke arah sebentuk cincin perkahwinan
miliknya. Tersarung elok cincin itu di jarinya yang runcing. Dia mengukirkan senyuman.

"Aku bahagia hidup dengan kau, Afiq. Tapi aku tahu kebahagiaan ni takkan kekal lama. Sebab akhirnya kita akan berpisah." kata Anis Raihanna seorang diri.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now