BAB 33

11.4K 684 15
                                    

Tidak lama kemudian, Anis Raihanna berhenti meronta. Dia hanya membatukan diri. Wajah Afiq Raihan diperhatikan.

Nampaknya suaminya telah lena diulit mimpi. Penat memandu seharian barangkali. Tubuhnya dipusingkan menghadap suaminya.

Serta merta Afiq Raihan mengetatkan pelukan. Secara tidak langsung, Anis Raihanna terdorong ke tubuh sasa milik suaminya.

Dia menahan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi mengelakkan kedudukan mereka semakin dekat. Pandangannya dijatuhkan ke arah mata suaminya.

Dia tersenyum nipis. Mata itulah yang selalu menjeling dirinya. Tangannya naik menyentuh kedua-dua belah mata Afiq Raihan.

Lalu, pandangannya dialihkan ke hidung mancung suaminya pula.Tak dinafikan Afiq Raihan mempunyai rupa paras yang tampan.

Wajah itu mampu menarik perhatian mana mana gadis yang melihatnya. Sekali pandang pasti ada yang jatuh hati pada pandangan pertama. Termasuklah...

Anis Raihanna.

Tak kira berapa banyak kali dia cuba menafikan perasaannya terhadap Afiq Raihan, dia tahu di  satu sudut hatinya dia mula menyayangi lelaki itu dalam diam.

Tetapi bukan dengan pandangan pertama, dia terus menyayangi lelaki itu. Layanan daripada suaminya yang membuatkan dia jatuh hati. Dirinya terasa selamat apabila berada di sisi lelaki itu.

Anis Raihanna sengaja menarik hidung suaminya. Terkerut dahi Afiq Raihan apabila lenanya terganggu. Anis menahan tawa. Seronok dapat mengenakan lelaki itu.

Bibir Afiq Raihan pula menjadi sasaran pandangan matanya. Bibir yang merah bak delima kerana lelaki itu tidak merokok.

Bibir itu juga yang selalu melontarkan kata kata yang menyakitkan hati Anis Raihanna. Tetapi dalam masa yang sama, kata-kata daripada lelaki itu juga yang sering menenangkan dirinya. Anis mengukir senyuman tawar.

Afiq Raihan merupakan suami yang sah tetapi sayang hati lelaki itu bukan miliknya. Pelukan suaminya dibalas.

Kehangatan pelukan tersebut membuatkan dia selesa dan selamat. Akhirnya, dia terlena didalam dakapan lelaki itu.

Selamat malam Afiq Raihan.

❤❤❤

"Hana, bangun...Jom solat subuh" ajak Afiq Raihan.

Dia cuba mengejut isteri yang sedang lena. Terkejut beruk dia pagi tadi apabila Anis Raihanna tidur didalam pelukannya. Padanlah lena sungguh tidurnya semalam. Hahaha

"Ummm...kejap. 5 minit lagi aku bangunlah." balas Anis Raihanna dalam keadaan mamai.

Dia menyambung kembali tidur. Bantal disisinya dipeluk erat. Selimut ditarik sehingga paras pinggang. Dengkuran halus kembali kedengaran.

Afiq Raihan mengeleng kepala. Dah kenal sangat dengan perangai gadis itu. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mengejut isterinya.

Bibirnya mengherotkan senyuman apabila idea nakal terlintas di fikiran.

"Hana bangun sekarang. Kalau tak aku angkat kau masuk bilik air." kata Afiq Raihan yang berbaur amaran.

Dia menyilangkan tangan ke dada. Dipandang isterinya yang masih lena diulit mimpi. Nampaknya gadis itu langsung tak terkesan dengan ugutannya.

Afiq Raihan terus mencempung tubuh isterinya. Langkahnya diatur ke bilik air di dalam bilik tidur mereka.

Anis Raihanna yang baru tersedar dari lenanya segera memaut pada batang leher suaminya. Terkejut dia apabila dicempung sebegitu.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now