BAB 17

14.2K 760 43
                                    

Uhuks..

Tersedak Anis Raihanna dibuatnya apabila ditanya sedemikian. Dia segera mencapai air lalu diteguk dengan perlahan perlahan. Afiq Raihan hanya beriak selamba. Dia menjeling sekilas isterinya.

'Over betul minah ni. Papa baru mintak honeymoon je kot. Belum suruh ada cucu lagi' bisik hatinya. Dia tersengih kepada Encik Zhafran. Papa ni pun satu masa ni juga la sibuk nak tanya itu ini. Dia sendiri tak terfikir pula pasal honeymoon.

Yelah perkara tu bukan sebahagian daripada rancangannya bersama dengan Anis Raihanna. Mereka sekadar bersetuju untuk berkahwin selama 3 bulan saja kemudian berpisah.

"Abang, tolonglah Kak Anis tu. Kesian dia tersedak. Tak ada hati perut betullah kau ni" marah Fiqa tiba tiba. Geram dia apabila abangnya tidak cuba langsung untuk menolong kakak iparnya. Tadi bukan main sweet bagai sekarang lain pulak jadinya.

Afiq Raihan sudah buat muka menyampah. Suka hatilah nak buat apa dengan isteri dia. Yang nak menyibuk sangat dah kenapa. Namun apabila ternampak jelingan tajam daripada Puan Zulaikha kecut perut terus dia dibuatnya. Seraya itu dia terus mendapatkan isterinya. Encik Zhafran pula naik hairan. Terkejut benar anak menantunya bila ditanya sedemikian. Salah ke apa dia cakap?

"Hana,kau ok ke tak? Tersedak macam nak mati. Kau memang nak aku jadi duda awal ke apa?" bisik Afiq Raihan ke telinga isterinya. Kemudian dia kembali menghalakan pandangan kepada ibu bapanya. Dia acah tayang muka risau.

Terbeliak mata Anis Raihanna apabila suaminya berkata sedemikian. Anis apalagi terus dia menyiku perut suaminya. Ha rasakan. Tahulah tak sayang aku tapi tak payah la nak aku mati cepat. Huh!

"Eh, Anis ok la. Sedap sangat mama masak tu sampai tersedak. Afiq tak payah la risaukan Anis. Bukan nak mati pun." sindir Anis Raihanna. Dia menjeling sekilas suami disebelahnya. Dia hampir tergelak apabila melihat muka suaminya yang sedang menahan sakit. Dia mengukir senyuman kepada mentuanya untuk melegakan hati mereka.

"Siapa yang risaukan kau? Tak kuasa aku" gumam Afiq Raihan sendirian. Dia kembali menjamu selera. Namun kata katanya tetap didengari oleh Anis Raihanna. Tanpa amaran, kaki Afiq Raihan dipijak sekuat hati oleh Anis Raihanna.

"Aduh!" jerit Afiq Raihan tiba-tiba. Dia terjerit kerana sakit yang tak terhingga. Tersentak semua orang yang sedang makan. Mata mereka tertumpu kepada dirinya. Anis Raihanna sudah tahan senyum. Ha padan muka kau! Dasar mulut tak ada insurans! kutuk Anis Raihanna dalam hati.

"Abang dah kenapa! Tiba-tiba nak menjerit. Nanti terbangun pulak Amirul. Mama,papa tengok abang ni" adu Fiqa kepada Puan Zulaikha dan Encik Zhafran. Suaminya pula cuba memujuk isterinya agar bertenang.

"Afiq kamu ni dah kenapa? Apa masalah kamu sebenarnya" lembut saja Encik Zhafran bertanya. Risau pula kalau anaknya stres ke apa.

"Eh,pa. Sorry Afiq tak sengaja. Afiq cuma nak kata aduh, Fiq tak bincang lagi nak honeymoon dekat mana dengan Hana. Kan, Hana?" ujar Afiq Raihan lagi. Dia menyiku lengan isterinya agar mengiyakan kata katanya. Terangguk angguk Anis Raihanna sambil mentertawakan suaminya dalam diam. Pandai jugak mamat ni cover eh? Hahaha.

"Oh, papa ingatkan apalah tadi. Dah nanti bincang la sama-sama yer. Bila habis bincang bagitahu papa. Biar papa sponsor." ujar Encik Zhafran. Dia memandang muka anak dan menantunya silih berganti. Mereka hanya menganguk sebagai balasan.

"Dahlah bersembangnya. Makan cepat. Tak elok bercakap sambil makan." sampuk Puan Zulaikha. Macam tak boleh pulak nak bersembang lepas makan. Padahal boleh je. Naik geram hatinya. Namun disabarkan saja.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now