BAB 21

12.8K 739 78
                                    

Anis Raihanna mula mendekati suaminya. Pelik dengan riak muka yang dipamerkan oleh Afiq Raihan. Pucat lesi saja mukanya. Dah lah putih lepas tu pucat. Macam muka orang dah tak bernyawa.

"Woi kau apahal? Pucat sangat muka. Takkan kau alergik sangat dengan buah ni sampai pandang pun macam nak pengsan dah." tegur Anis Raihanna. Disuakan buah tersebut kepada suaminya.

"Hana..ka..u..me..ngan..dung..ke?" soal Afiq Raihan tergagap gagap. Dia betul betul risau jika perkara itu benar benar terjadi. Apa dia nak cakap pada Iskandar nanti?

Bukk!

"Aduh sakitlah gila! Jauhkan buah tu dari aku!" jerit Afiq Raihan perlahan. Dia menggosok gosok kepalanya yang kesakitan.

"Kau kalau tak merepek boleh tak! Kau tu yang gila! Aku teringin tak semestinya mengandunglah sengal!" marah Anis Raihanna. Terkejut dia dengan kata kata Afiq Raihan sebentar tadi.

"Manalah aku tahu. Sebab tu lah aku tanya bongok!" bidas Afiq Raihan. Matilah dia kalau hari hari kena pukul dengan Anis Raihanna.

Nasiblah dapat bini kaki pukul. Haish.

"Ish aku la kau ni. Kau nampak buah ni. Nak aku pukul kepala kau pakai ni. Ke kau nak kena siku lagi hah?" balas Anis Raihanna tak puas hati. Kalau ye pun tak tahu macam mana boleh pikir sampai ke situ. Mereka berdua pun tidur asing asing.

"Hish sudah la malas aku layan kau. Aku bagi kau mengandung betul betul nanti baru tahu." ucap Afiq Raihan perlahan. Dia terus berlalu pergi dari situ. Mahu mengamuk terus Anis kalau dengar.

Anis Raihanna terlopong. Membulat matanya apabila mendengar kata kata Afiq Raihan.

Nak mati awal agaknya mamat sengal ni. Dia segera mendapatkan Afiq Raihan.

"Woi pak cik sini kau. Ingat aku tak dengar kau kata apa tadi. Nahas kau aku kerjakan." kata Anis Raihanna dari belakang.

Bukk!

Sekali lagi kepala Afiq Raihan diketuk oleh Anis Raihanna. Cuma kali ni bukan menggunakan buah mempelam tetapi menggunakan botol sos cili! Ha bayangkan la rasa sakit dia macam mana. Auch.

"Aduh!  Woi kalau otak aku tak betul nanti macam mana hah? " marah Afiq Raihan dengan serangan mengejut daripada Anis Raihan. Sakitnya bukan kepalang!

"Sebab nak betulkan kepala kau lah aku ketuk. Kalau berani lagi cakap macam tu, ini makan dia. Faham?" kata Anis Raihanna. Dia menunjukkan sebotol sos cili tadi ke arah Afiq Raihan.

Afiq Raihan terkejut. Patutlah sakit dia lain macam. Guna botol sos cili tu rupanya. Memang nak aku mati awal ke macam mana?

Afiq Raihan menjeling tajam Anis Raihanna. Manakala Anis pula tersenyum kemenangan. Siapa suruh cari pasal lagi? Kan dah mendapat.

"Tsk..Tsk..Tsk.."

Seorang kanak kanak lelaki dalam lingkungan 5 tahun yang sedang menangis menarik baju Afiq Raihan.
Lelaki itu menoleh ke arah kanak kanak tersebut.

"Abang..tolong Arif..Arif nak jumpa ibu ayah..tsk..tsk..tsk.." kata kanak kanak tersebut. Afiq Raihan memandang kanak kanak tersebut dengan hairan. Mana datang budak ni bisik hatinya.

"Sejak bila aku abang kau hah budak?" balas Afiq Raihan. Dia mula duduk bercangkung dihadapan kanak kanak tersebut. Dipandang raut wajah kanak kanak tersebut tanpa perasaan.

Anis Raihanna segera mendapatkan kanak kanak lelaki tersebut. Gila ke suami dia cakap macam tu pada budak kecil. Kesian budak tu.

"Adik jangan menangis. Lelaki tak boleh menangis. Kena kuat. Mana ibu ayah adik?" pujuk Anis Raihanna. Tangannya menyeka air mata yang mengalir dipipi kanak kanak tersebut.
Afiq Raihan sekadar jadi pemerhati.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now