BAB 19

13.5K 749 53
                                    

"Afiq!" jerit Anis Raihanna dari dapur. Hish, mamat ni suruh orang masak tapi satu barang nak masak pun tak ada. Yang ada cuma beberapa bungkus mi segera pelbagai perisa. Anis Raihanna bercekak pinggang.

Pelik juga sebab kelengkapan memasak semua ada. Rice cooker,airfryer,microwave,toaster  dan macam macam lagi lah. Tapi sayangnya barang dapur yang tak ada. Apalah nasib.

"Yer mak cik. Kau nak apa jerit nama aku. Takkan dah rindu kot?" kata Afiq Raihan tanpa serba salah. Keningnya diangkat sedikit. Senyuman sinis terhias dibibirnya. Tangannya pula disilangkan ke dada.

"Kepala otak kau rindu. Ni barang dapur pun tak ada. Kau nak suruh aku masak apa? Takkan nak masak mi segera tu pulak." tanya Anis Raihanna. Jari telunjuknya ditudingkan ke arah beberapa bungkus mi segera pelbagai perisa yang terletak dalam kabinet dapur.

"Ha dah ada mi segera tu masak jelah. Tak payah nak jerit nama aku. Sekurangnya ada kan makanan untuk dimakan. Aku nak perisa kari. Dah siap panggil aku." kata Afiq Raihan selamba. Dia kembali mengatur langkah ke bilik tidurnya. Pasal tu je nak panggil aku baik tak payah. Omelnya perlahan.

Anis Raihanna ketap bibir. Takkan setiap hari nak makan mi segera tu. Naik muak dia dibuatnya. Mungkin Afiq Raihan boleh tahan makan semua tu tapi bukan dia.

"Oi" panggil Anis Raihanna. Naik geram dia apabila Afiq Raihan senang senang suruh dia masak kemudian panggil mamat tu bila dah siap. Apa ingat dia bibik ke apa?!

Afiq Raihan menoleh sambil buat riak muka bersahaja. Apalagi minah ni nak getus hatinya. Dia nak berehat pun tak senang.

"Apalagi minah, takkan kau tak reti masak pulak maggi tu?" soal Afiq Raihan. Dia buat riak muka menyampah.

"Kau cakap elok sikit boleh tak? Aku retilah. Takkan setiap hari nak makan maggi. Kalau kau memang tak sayang nyawa aku tak kisah lah. Masalahnya aku sayang tau nyawa aku ni. Bila nak pergi beli barang dapur?" bidas Anis Raihanna. Bibirnya sudah muncung sedepa.

"Esoklah lepas kerja kita pergi beli. Dah aku nak rehat. Ada apa apa panggil aku kat bilik."

"Kejap, kita dah start kerja esok ke? Ala tak boleh ke nak cuti lama sikit. Kau kan boss?"

"Banyak cantik muka kau. Dah lah pergi masak. Aku lapar!"

Anis Raihanna menarik muka. Ish, isteri sendiri kot yang minta cuti bukan orang lain! Dia mula memasak mi segera tersebut. Amboi, Anis baru sekarang kau nak mengaku kau isteri dia? perli hatinya. Mulutnya tak henti membebel tentang Afiq Raihan. Dasar suami tak berhati perut! 

❤❤❤

"Yeay, dah siap pun!" Anis Raihanna menepuk tangan. Dia meletakkan mi segera yang telah siap dimasak ke dalam dua buah mangkuk. Lalu disusun mangkuk tersebut di atas meja makan. Air jus oren dituangkan ke dalam gelas. Sekarang ni nak panggil mamat tak kenang budi tu pulak haih. Anis mengeluh.

Dia tak tahu mana satu bilik Afiq Raihan. Tadi masa lelaki itu pergi bilik dia tak sempat nak tengok sebab sibuk  memasak. Akhirnya,dia bercadang untuk memeriksa setiap bilik tersebut.

"Check je la semua bilik. Boleh ronda sekali rumah ni" omelnya sendirian. Dia mula mengatur langkah ke bilik pertama. Maklumlah,rumah Afiq Raihan ada enam bilik. Alang-alang tu boleh juga dia pilih bilik nanti.

Tombol bilik pertama dipulas. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Anis membuat riak muka tidak percaya. Matanya ralit memerhati isi bilik tersebut.

"Wah,tak sangka eh mamat tu ada mini gim." ujar Anis Raihanna. Dia tertarik dengan pelbagai alatan senaman yang berada disitu. Sesekali dia cuba mengangkat dumbell  milik Afiq Raihan.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now