BAB 44

13.6K 694 114
                                    

Pssttt... Author nak cakap lagu tu best sebenarnya hehe.

Warning to those yang single! Jangan jeles. Hahahaha. Jangan marah author tak bagi amaran!

*gelak jahat*

ENJOY READING!


Anis Raihanna yang baru tersedar dari lena melirik ke arah Afiq Raihan. Lelaki itu masih lena dibuai mimpi.

Seraya itu, tangan Afiq Raihan yang menampung kepala Anis Raihanna dialihkan berhati-hati. Risau sekiranya lena lelaki itu terganggu.

Anis Raihanna menghalakan pandangan ke arah siling rumah mereka. Dia hanyut dalam lamunan sendiri. Tubuhnya masih berada di situ tetapi fikirannya entah ke mana.

Persoalan yang sama masih bermain di benak fikiran Anis Raihanna. Tubuhnya baring mengiring menghadap Afiq Raihan. Tangan kasar suaminya digenggam erat.

"Kenapa aku rasa macam semua ni mimpi?" ucap Anis Raihanna perlahan.

Dia merenung Afiq Raihan sambil mengucapkan kata-kata itu. Renungan tersebut sarat dengan pengharapan.

"Aku...bahagia sangat dengan kau, Afiq. Terlalu bahagia, sampai aku rasa semua ni mimpi. Aku takut bila aku bangun dari tidur, keadaan kita sama macam dulu.

Aku tak nak perkara tu jadi kenyataan, Afiq. Aku tak nak. Kalau betul ni mimpi, tolong jangan kejut aku. Aku tak sanggup nak bangun bila kau dah tak cintakan aku lagi." sambung Anis Raihanna dengan sebak.

Kolam air mata yang ditahan dari tadi akhirnya pecah jua. Sedaya upaya dia menahan sedu daripada tangisan tersebut. Tubuhnya terhenjut sedikit kerana menangis.

Lantas, dia bingkas bangun dari katil. Langkah diatur ke bilik air. Tak sanggup menahan tangisan itu lagi. Dia tak mahu Afiq Raihan sedar dengan keadaannya seperti ini.

Tiba-tiba, tangannya ditarik oleh seseorang. Anis Raihanna lekas menoleh. Pantas tangannya menyeka air mata yang berlinangan dari tadi.

"Afiq, kau dah bangun? Sorry, kalau aku yang buat kau bangun. Aku nak pergi tandas kejap." tipu Anis Raihanna.

Dia mengawal suaranya yang serak kerana menangis. Afiq Raihan hanya diam tak membalas. Pandangan suaminya tak lepas daripada dirinya.

"Afiq, kau okay tak? Tak sihat ke hurm? Kalau kau tak sihat, kita tak payah la masuk kerja hari ni. Duduk rumah biar aku jaga kau." kata Anis Raihanna yang mula risau.

Dia kembali mengambil tempat disebelah suaminya. Tangannya diletakkan pada dahi lelaki itu. Anis Raihanna mengerut dahi. Tak panas pun.

"Afiq, kau-"

Belum sempat Anis Raihanna menyambung kata-katanya, dia dibawa ke dalam dakapan Afiq Raihan. Anis Raihanna yang tidak tahu apa-apa membalas pelukan tersebut.

"Hana, ni bukan mimpi. Aku betul-betul cintakan kau." kata Afiq Raihan sambil mengetatkan pelukan.

Anis Raihanna terkedu. Dia meleraikan pelukan. Matanya mula berkaca semula.

"K-kau dengar apa yang aku cakap tadi ke Afiq?" soal Anis Raihanna tersekat-sekat.

Afiq Raihan mengangguk kecil. Tangannya mula memegang sisi wajah isterinya dengan lembut.

"Aku dengar semuanya. Termasuk masa kau tahan nangis tadi." balas Afiq Raihan.

Anis Raihann ketap bibir. Dia cuba menahan diri daripada menangis dihadapan Afiq Raihan. Dia tak nak kelihatan lemah dimata suaminya.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now