BAB 34

11.3K 720 105
                                    

Anis Raihanna memegang perutnya yang sakit. Dahinya dikerutkan menahan kesakitan yang mencengkam. Titik peluh mula merenik didahi.

"Aduh, sakitnya perut ni! Semalam rasanya makan elok je. Tak ada pulak aku skip. Haiih" keluh Anis Raihanna sendirian.

Sedari tadi dia ulang alik ke tandas. Perutnya tidak henti memulas dari pagi.

"Eh, kau tercegat apa lagi? Jom cepat. Kang lambat aku yang susah." tegur Afiq Raihan yang lengkap berpakaian kerja.

"Ya kejap. Kau tunggu dulu dalam kereta. Aku tengah sakit perut ni" balas Anis Raihanna.

Dia segera bergegas ke tandas apabila perutnya kembali memulas. Afiq Raihan mengeleng kepala. Jam tangannya dikerling sekilas.

"Awal lagi ni." detik hatinya.

Dia memboloskan diri ke dalam kereta sementara menunggu isterinya. Radio dan penghawa dingin dipasang.

Lagu yang berkumandang di ruangan keretanya sekadar menghilangkan kebosanan diri. Sesekali dia menari mengikut rentak lagu.

"Lambat betul minah ni!" rungut Afiq Raihan yang bosan menunggu.

Tak tahu nak buat apa lagi. Kalau menyanyi kang mahu hujan terus. Dia sedar suara dia macam katak. Mata dijulingkan ke atas.

Allahamdulilah sedar diri.

Tidak lama kemudian, Anis Raihanna keluar dari rumah. Dia menghampiri kereta Afiq Raihan.

"La kenapa tak sampai tahun depan je pergi tandas. Biar mereput aku sini terus." perli Afiq Raihan.

Dia menyarungkan kaca mata hitam. Dijeling sekilas Anis Raihanna. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Oi, ingat aku tak nampak ke hah kau jeling aku! Aku dah kata kan sakit perut. Takkan tak faham" bidas Anis Raihanna ingin menang.

Dia sendiri tak tahu kenapa perutnya mula meragam. Selama ni elok je. Hatinya mula tak sedap.

"Yelah, kau okay tak ni nak pergi kerja? Kalau dekat office pun kau ulang alik ke tandas, baik kau duduk rumah rehat. Daripada duduk office tak ada gunanya." bebel Afiq Raihan.

"Alah okay je ni. Tak nak aku duduk rumah. Baik aku pergi office, at least ada la kerja yang aku boleh buat." balas Anis Raihanna.

Perutnya tidak memulas seperti tadi. Anis menghela nafas lega. Dia menyandarkan belakang badan.

"Tu makan ubat sakit perut dalam dashboard aku. Mana tahu sakit tu datang balik." arah Afiq Raihan sambil memandu kereta.

Anis Raihanna membuka dashboard tersebut. Beberapa plastik yang berbungkus ubat-ubatan dikeluarkan.

"Banyak gila stok ubat kau. Selalu sakit ke macam mana?" soal Anis Raihanna.

Jakun sangat jumpa stok ubat-ubatan didalam dashboard suaminya. Suami aku doktor ke CEO ni?

"Itu untuk emergency. Dekat rumah pun ada dalam bilik aku. Biasalah aku kan jenis sediakan payung sebelum hujan." balas Afiq Raihan.

Anis Raihanna terus menelan ubat sakit perut tersebut. Air mineral diteguk bagi menghilangkan rasa ubat di lidahnya.

"Dah makan ke belum?" soal Afiq Raihan. Dia menoleh ke arah Anis Raihanna.

"Dah. Tengok ni aaaa"

Anis Raihanna membuka mulutnya luas-luas menandakan dia telah menelan ubat tersebut. Afiq Raihan hanya menganguk kecil.

Sebaik saja kereta Afiq Raihan memasuki pekarangan pejabat, hati Anis Raihanna mula tak tenteram. Seperti sesuatu perkara buruk bakal berlaku.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now