BAB 49

12.7K 613 77
                                    

Kening Haiqal Iskandar bertaut apabila perempuan yang bernama Aria itu menghulurkan tangan kepadanya. Sebaris nama perempuan itu mengingatkan dia kepada seseorang. Lantas, segaris senyuman sinis terhias di bibirnya.

"Jadi kau lah Aria. Kenapa muka kau macam Aira? Tak penat ke menyamar jadi orang lain hah, perempuan?" soal Haiqal Iskandar kasar.

Aria tersenyum sinis. Dia menarik semula tangannya kembali apabila Haiqal Iskandar tak menyambut hulurannya. Matanya menjeling ke arah Haiqal Iskandar atas bawah.

"That's none of your business, Haiqal Iskandar. Cukuplah kau tahu nama aku Aria. Sebab kenapa aku guna wajah Aira ni kau tak perlu tahu. Kalau kau tak nak nasib kau sama macam Fakhrul Razi, baik kau diam. Aku ulang sekali lagi pertanyaan aku tadi. Need my help?" balas Aria dengan nada serius.

Sekali lagi, Aria menghulurkan tangannya kepada Haiqal Iskandar. Wajahnya yang tegang itu sentiasa terpapar pada riak mukanya. Keningnya terjongket sedikit.

Haiqal Iskandar mengetap gigi menahan amarah. Jadi inilah gadis yang telah menikam sahabatnya Fakhrul. Sakit hatinya apabila terlihat senyuman sinis yang terhias di wajah Aria.

Dengan sekelip mata, dia menepis tangan Aria dengan kasar. Lalu, Haiqal Iskandar terus berjalan melepasi gadis itu tanpa mengendahkan kata-kata Aria. Tak semena-mena, bahunya berlanggar dengan bahu Aria.

"Sedar sikit aku ni bukan mahram kau. So get away your hands from my sight. Tak perlulah nak tambah dosa kau. One more thing, aku takkan lupa apa yang kau buat dekat Fakhrul. Mark my words." kata Haiqal Iskandar sebelum beredar dari situ.

Aria tergelak sinis. Sedikit pun dia tak terasa dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Haiqal Iskandar. Apatah lagi mahu berubah selepas mendengar kata-kata lelaki itu. Bila hati telah hitam...

"Kau siapa nak cakap pasal dosa dan pahala, Haiqal? Kau tak sedar diri yang kau tu pun berdosa bila menaruh perasaan pada isteri orang ke hah?" soal Aria dengan nada yang lebih kepada memerli.

Serta-merta, langkah Haiqal Iskandar terhenti. Dia menoleh semula ke arah Aria. Aria pula mengukir senyuman sinis. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Kau dengar sini baik-baik eh perempuan, sekali pun aku takkan terima pertolongan kau tu. Sebab kau! Aku tak dapat berkahwin dengan Anis Raihanna. Sebab kau jugak! Aku terpaksa ikat perjanjian dengan Afiq Raihan. Last but not least, aku sendiri boleh dapatkan Anis Raihanna tanpa bantuan sesiapa. Untuk pengetahuan kau, punca semua ni disebabkan kau, faham!" tengking Haiqal Iskandar.

Dia mempercepatkan langkah untuk beredar dari situ. Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Aria. Kalau dia berlama disitu, pasti amarahnya akan dilampiaskan kepada Aria. Sebelum perkara itu berlaku, dia segera mengatur langkah. Tangan mengepal penumbuk sepanjang berjalan.

Aria berdecit. Dia menghantar pemergian Haiqal Iskandar dengan pandangan yang penuh dendam. Tiba-tiba, bibirnya mengukir senyuman sinis. Akalnya mula mengatur rancangan jahat untuk membalas dendam.

"Semudah tu kau tolak pertolongan aku kan, Haiqal Iskandar. Tak apa. Sebab kau tak kenal lagi siapa Aria Ariana yang sebenar." gumam Aria perlahan.

Dia melangkah pergi dengan semangat baru. Dirinya kini penuh dengan dendam terhadap Haiqal Iskandar. Tak lama lagi, Haiqal Iskandar pasti akan menyesal kerana menolak pertolongannya.

"Kau akan menyesal, Haiqal Iskandar."

️❤️❤️❤️

"Eh, Adam! Lama tak jumpa kau." sapa Anis Raihanna mesra.

Dia pergi ke arah Adam Syahmi yang sedang khusyuk menjamu selera. Adam Syahmi mengukir senyuman manis kepada Anis Raihanna.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now