BAB 41

12.6K 671 161
                                    

"Hana, kenapa kau tak siapkan breakfast macam dulu?" soal Afiq Raihan.

"Suka hati akulah nak siapkan ke tak nak. Nanti lepas kita berpisah, kau jugak kena buat sendiri kan. So, berdikarilah dari sekarang." balas Anis Raihanna dingin.

Dia terus mengurung diri di dalam bilik. Pintu ditutup dengan kasar. Berdentum bunyi kedengaran sehingga bahu Afiq Raihan terhenjut sedikit.

Afiq Raihan melepaskan keluhan berat. Sudah seminggu berlalu sejak pergaduhan antara dia dengan Anis Raihanna.

Hubungan mereka semakin renggang hari demi hari. Tiada lagi gurau senda antara mereka. Layanan Anis Raihanna berubah secara mendadak.

Hanya perlian dan sindiran pedas saja keluar dari mulut gadis itu. Semuanya mengungkit tentang perpisahan mereka.

"Kenapa buat aku macam ni Hana?" keluh Afiq Raihan.

Dia tak mahu perkara ini makin berlarutan. Dia rindukan keadaan mereka yang dulu. Yang paling penting, dia rindukan Anis Raihanna yang dulu.

Sikap isterinya yang periang, garang dan selamba. Dia sangat rindukan semua itu. Namun sekarang, semua berubah.

Setiap hari, Anis Raihanna hanya mengurung diri dalam bilik. Dia sering mengelak daripada bertembung dengan Afiq Raihan. Sehinggakan di tempat kerja pun perkara sama yang terjadi.

Walaupun duduk serumah, mereka langsung tak bertegur sapa. Sepatah yang ditanya oleh Afiq Raihan, sepatah juga yang dijawab oleh Anis Raihanna. Keadaan mereka tak ubah seperti orang asing yang tinggal bersama.

Masing-masing tak mahu mengalah. Ego tinggi melangit menguasai mereka berdua. Tanpa mereka sedari, ego tersebut memakan diri mereka dalam diam.

Namun apakan daya, tak kira apa yang terjadi mereka tetap akan berpisah akhirnya. Cuma dia sering tertanya-tanya. Mengapa begitu sekali perubahan Anis Raihanna?

Hana, aku rindukan kau yang dulu.

❤❤❤

Anis Raihanna merenung cincin perkahwinannya. Tanpa dia sedar, air mata mula berlinangan.

Dia sendiri kecewa dengan tindakannya terhadap Afiq Raihan. Sepanjang seminggu berlalu, dia langsung tak menjaga kebajikan suaminya.

"Maafkan aku, Afiq..." ucap Anis Raihanna sambil menahan sedu.

Dia langsung tak berniat sebegitu. Dia cuma kecewa dengan keputusan Afiq Raihan untuk berpisah.

Sejak itu, dia mula berputus asa untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Sudah tiada gunanya jikalau dia masih berusaha kerana pada akhirnya keadaan masih sama. Mereka tetap berpisah.

Setiap hari, dia cuba untuk melenyapkan rasa cintanya kepada Afiq Raihan. Berkali-kali dia cuba membenci lelaki itu. Namun, rasa cinta dan sayangnya masih utuh.

Pemilik hatinya kini hanya Afiq Raihan. Orang yang pertama berjaya mengambil hatinya.

Mungkin juga yang terakhir. Ini semua kerana dia serik untuk mencintai seseorang lagi. Biarlah dia simpan perasaan ini untuk selamanya. Ini semua hanya akan menjadi kenangan yang pahit kelak.

Kau tak perlu tahu, Afiq.

❤❤❤

"Hello, Afiq. Lepak jom!" suara Adam Syahmi memenuhi corong telefon pintar milik Afiq Raihan.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now