BAB 51

15K 613 49
                                    

“Afiq, kau dah ready untuk esok? Kalau kau tak bersedia lagi, aku dengan Fakhrul boleh handle. Lagipun bukan kita orang je yang ada, pihak polis pun terlibat sekali.” kata Haiqal Iskandar kepada Afiq Raihan.

Segala persiapan dan rancangan untuk menyelamatkan Anis Raihanna telah dirancang dengan teliti. Tiada satu pun yang terlepas daripada pandangan mereka.

Afiq Raihan diam tak membalas. Dia takut mahu meluahkan perkara yang disimpan selama ini seorang diri. Mungkin ini masa yang sesuai. Seraut wajah Haiqal Iskandar ditatap olehnya. Satu keluhan kecil dilepaskan buat sekian kalinya.

“Aku... bukan apa, Is. Aku cuma rasa tak sedap hati. Kau yakin rancangan ni berjaya? Kalau jadi yang sebaliknya, kita nak buat apa, Is? Aku risaukan Hana.” luah Afiq Raihan.

Sejak semalam, dia merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Beberapa kali juga dia bermimpi perkara buruk menimpa rumah tangganya. Itu membuatkan dia semakin risau.

“Kita dah usaha, Afiq. Itu yang paling penting. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Sebab tu, kita kena berserah diri pada Tuhan dan sentiasa memohon pertolongan daripada Dia. Tapi kalau berlaku yang sebaliknya, kita kena redha. Mungkin itu yang terbaik untuk kita. Faham?” ujar Haiqal Iskandar sambil menitipkan sebuah pesanan kepada Afiq Raihan.

Afiq Raihan menghela nafas lega sebaik mendengar kata-kata Haiqal Iskandar. Mungkin dirinya yang terlebih risau tentang apa yang bakal berlaku pada esok hari. Segaris senyuman terukir dibibirnya. Tangannya naik menggosok batang leher secara perlahan-lahan.

So, kau dah ready?” soal Haiqal Iskandar sekali lagi mahukan kepastian.

“Aku dah bersedia, Is. Kali ni aku takkan biarkan Aria ambik Anis Raihanna dari aku lagi. Kalau hari tu, aku tak dapat buat apa-apa masa Hana kena culik. Esok, aku takkan biarkan perkara yang sama berulang. Aku sendiri yang akan selamatkan Hana. Aku janji.” balas Afiq Raihan yakin.

Haiqal Iskandar tersenyum bangga. Itu yang mahu dia dengar daripada Afiq Raihan. Dia tahu Afiq Raihan sedang merana dalam diam kerana kehilangan orang yang tersayang. Oleh itu, dia cuba membantu apa yang mampu untuk menolong sahabatnya.

“Aku pergi dulu, Afiq. Jangan risau sangat pasal esok.” pesan Haiqal Iskandar sebelum meninggalkan Afiq Raihan.

Afiq Raihan menghantar pemergian Haiqal Iskandar dari ekor mata. Lalu, dia melabuhkan punggung di salah sebuah sofa di ruang tamu. Kepalanya disandarkan pada kepala sofa itu. Perlahan-lahan, matanya dipejam rapat.

Mindanya cuba membayangkan Anis Raihanna berada di sebelahnya. Suara isterinya mula menerjah ke gegendang telinga.

“Abang, tepilah sikit. Orang nak tengok tv pun tak senanglah.” rungut Anis Raihanna.

Afiq Raihan masih memejamkan mata. Dia cuba untuk tidak bangun dari lamunan itu. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Suara itu yang amat dia rindukan pada ketika ini.

“Abang, tepi lah. Janganlah kacau sayang. Abang ni kan degil tahu tak. Ha ambik ni.” marah Anis Raihanna tak puas hati.

Lantas, tangannya mencubit lengan Afiq Raihan. Akhirnya, dia tersenyum kemenangan melihat Afiq Raihan yang sedang kesakitan.

Kolam air mata milik Afiq Raihan mula bertakung. Senyuman manis milik Anis Raihanna mula berlayar difikiran. Gelak tawa isterinya pula mula menerjah gegendang telinga.

Satu demi satu, kenangannya bersama Anis Raihanna kembali bergentayangan di minda. Tanpa dia sedari, kolam air matanya mula pecah. Air mata miliknya mengalir laju.

Buat pertama kali, dia menangis kerana kehilangan seorang perempuan yang amat dicintai. Sungguh rindunya pada Anis Raihanna semakin menebal. Andai masa boleh diputarkan semula, dia pasti akan memeluk  tubuh isterinya dengan erat.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now