BAB 50

16.2K 614 150
                                    

Afiq Raihan meningkatkan kelajuan keretanya agar dapat sampai dengan cepat di lokasi yang telah dimaklumkan oleh Haiqal Iskandar. Hatinya mula merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

Dia tak henti mendoakan agar tiada apa-apa yang berlaku kepada Anis Raihanna. Sekiranya sesuatu yang buruk menimpa isterinya, dia sendiri tak dapat maafkan dirinya sendiri. Sebaik saja tiba, dia segera keluar dari perut kereta.

Langkahnya diatur ke arah Haiqal Iskandar. Wajah lelaki itu jelas menunjukkan kekecewaan yang tak terhingga. Afiq Raihan tersenyum tawar. Mereka berpelukan seperti sudah lama tak berjumpa.

“Maafkan aku, Afiq. Aku tak sepatutnya buat kau macam tu. Aku minta maaf. Aku rela kalau kau nak bencikan aku tapi tolonglah maafkan aku. Aku tak sanggup hidup dengan perasaan bersalah dekat kau dengan Anis. Aku tak sanggup, Afiq. Aku tak sanggup.” ucap Haiqal Iskandar bersungguh-sungguh.

“Aku dah lama maafkan kau, Is. Mungkin ini ujian yang Tuhan nak bagi dekat aku. Aku redha. Lagipun, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya kan? Jangan risau, aku tetap kawan kau untuk dunia dan akhirat. Setiap manusia tu tak sempurna, Is. Masing-masing ada salah silap. Macam tu jugak kau dengan aku. Kita tak payahlah nak ungkit lagi perkara ni. Boleh?” pinta Afiq Raihan.

Haiqal Iskandar mengukir senyuman. Hatinya tersentuh dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Afiq Raihan. Sungguh baik budi pekerti lelaki itu. Hanya kerana dia dibutakan oleh cintanya kepada Anis Raihanna, sedikit pun dia tak pernah sedar tentang kebaikan yang ada pada Afiq Raihan. Benarlah kata orang, cinta itu buta...

“Afiq, kau jumpalah Anis. Aku harap kau dapat hidup bahagia dengan dia. Kau layak untuk bahagia, Afiq. Pergilah cari kebahagiaan kau. Aku janji takkan hancurkan kebahagiaan kau dengan dia lagi. Aku sentiasa akan doakan kau.
Aku bahagia bila kau bahagia, Afiq.” ucap Haiqal Iskandar ikhlas dari hati.

Dia sudah mula menerima kenyataan bahawa Anis Raihanna bukan milik dia lagi. Kini, dia perlu teruskan hidup seperti biasa. Tiada apa lagi yang tinggal buat dirinya. Mungkin dia sendiri perlu mencari kebahagiaan buat dirinya sendiri. Bukan dengan merampas kebahagiaan orang lain. Dia menepuk lembut bahu Afiq Raihan.

Afiq Raihan tersenyum penuh makna. Alhamdulilah, segala-galanya telah kembali seperti sedia kala. Dia melangkah pergi meninggalkan Haiqal Iskandar. Langkahnya diatur bagi mencari kelibat Anis Raihanna.

Pandangannya diliarkan ke sekeliling. Kornea matanya cuba menangkap susuk tubuh isterinya. Akhirnya, pandangannya tertancap pada sebuah figura yang berada tidak jauh darinya. Serta-merta, dia mengukir senyuman.

Afiq Raihan mula mempercepatkan langkah. Hatinya melonjak gembira apabila mengetahui  dia dan Anis Raihanna dapat kembali seperti dulu. Terlayar saat-saat bahagia dirinya bersama isteri tercinta.

“Sayang...” tegur Afiq Raihan lembut.

Anis Raihanna menoleh. Tangannya pantas menekup mulut tanda terkejut apabila Afiq Raihan berada di situ. Matanya mula berair. Kepalanya digelengkan memberi amaran agar Afiq Raihan tidak mendekati dirinya. Afiq Raihan mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan isyarat yang diberikan oleh isterinya.

“Sayang, kenapa ni? Abang nak minta maaf. Jangan jauhkan diri sayang dari abang, please...” rayu Afiq Raihan.

Dia makin mendekatkan jarak antara mereka berdua. Anis Raihanna mula menangis semahu-mahunya. Semakin Afiq Raihan mendekati dirinya, semakin dia menjauh dari lelaki itu.

“Abang, jangan dekat dengan sayang, please.
Sayang tak nak abang cedera. Tsk...tsk...tsk...” ucap Anis Raihanna diselangi tangisannya.

“Sayang, abang tak akan cedera-”

Belum sempat Afiq Raihan menghabiskan kata-katanya, batang leher lelaki itu dipukul dengan sebuah kayu. Serta-merta, tubuh Afiq Raihan jatuh tersungkur akibat daripada pukulan tersebut.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now