BAB 3

19.1K 1.1K 20
                                    

Aku meraup muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku meraup muka. Aduh, semua macam tak boleh pakai jer! Seorang tergedik-gedik. Seorang lagi kolot sangat la pulak!

Aku memicit kepala aku yang pening. Kenapalah, Kak Zahra cuti bersalin pulak! Serius,aku dah penat nak cari pengganti Kak Zahra. Aku dah hampir putus asa!

''Relax,bro. Mana semangat kau nak cari pengganti Kak Zahra tadi?'' soal Adam kepada aku.

''Entahlah, Dam. Aku dah penatlah,wei! Kalau tak ada sorang pun yang layak macam mana!'' balas aku.

''Cuba kau tengok fail resume seorang ni. Aku rasa macam menarik jer. Dia belajar engineering tapi dia apply kerja ni.'' ujar Adam. Seraya itu, dia menghulurkan kepada aku fail tersebut.

Kata kata dia bagai menarik perhatian aku. Lantas, aku sambut fail tersebut.

Fail itu aku buka perlahan. Satu demi satu, aku dan Adam meneliti maklumat di dalam fail itu. Baru sahaja, aku ingin memberikan pendapat aku kepada Adam.

Seseorang berdehem perlahan. Baru aku sedar, tuan empunya badan tidak fail itu berada dihadapan aku sekarang.

Aku menoleh ke hadapan untuk melihat muka pemilik resume yang menarik ni.

Macam tak percaya, yang orang itu ialah Anis Raihanna!

''Kau?! '' soal aku kepada dia.

Serentak, kami berdua menyatakan perkara yang sama.

Adam di sebelah tercengang cengang melihat kami.

'Dalam banyak banyak syarikat, syarikat ini jugak eh kau mintak Hana!' getus hati aku.

Aku tersenyum nakal. Idea!

😤😤😤

Aduh, memang menempah maut betul ni! Aku tak pernah lupa apa yang dia buat pada aku hari tu. Masih segar dalam ingatan tau!

Aku melihat dia melemparkan senyuman sinis. Aku terus berpeluk tubuh sambil menjulingkan mata aku ke atas.

''Ini syarikat kau, eh? Not bad.. '' kata aku selamba. Aku mengerling susun atur bilik lelaki ini.

Memang tak dia nafikan bahawa syarikat Afiq Raihan merupakan salah satu syarikat ternama di KL. Kerana Itulah dia memohon pekerjaan di situ.

Tapi, malang tidak berbau. Kalau dia tahu ini syarikat milik Afiq Raihan, memang tak la dia nak mintak kerja disitu!

''Ini syarikat papa aku lah, minah! '' balas Afiq Raihan menjelaskan

'Oh, ni syarikat Pak Ngah! ' gumam aku perlahan. Aku terangguk angguk tanda faham maksud lelaki tu.

''Kau tahu tak temuduga ni untuk apa, Hah, minah! ''balas Afiq Raihan lagi. Tapi kali ini,nadanya berubah lebih kepada memerli. Riak mukanya jelas menunjukkan dia mempunyai niat yang lain.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now