BAB 54

21.7K 708 215
                                    

Pandangan gelap mula bertukar kepada cerah. Serakan cahaya mula menerpa masuk ke dalam kornea mata milik Anis Raihanna. Kedua-dua belah tangannya naik mengusap matanya untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Tidak lama kemudian, matanya diliarkan ke sekeliling.

Bau ubat-ubatan mula menerjah masuk ke dalam rongga hidung. Dia menilik sekilas pakaian yang berada pada tubuhnya. Tangannya pula terdapat IV dripper yang menyalurkan air ke dalam badan. Kini, dia berada di dalam sebuah bilik yang serba putih.

Dahinya terkerut menahan kesakitan yang mula mencucuk pada bahagian kepala. Kejadian pahit itu mula berlayar di minda. Dia mulai panik. Titisan peluh mulai kelihatan pada bahagian dahi gadis itu.

"Akak, jangan risau. Semua dah okay." ucap Syafiq cuba menenangkan kakak iparnya.

Anis Raihanna mengalihkan pandangan ke arah Syafiq yang baru tiba. Di sebelah adik iparnya terdapat Fiqa, isteri kepada Syafiq.

Fiqa segera mendapatkan Anis Raihanna sebaik tiba. Kerisauan jelas kelihatan pada riak muka gadis itu. Anis Raihanna dibawa ke dalam pelukan Fiqa serta-merta.

"Akak, okay? Fiqa betul-betul risaukan akak tau. Semua orang risaukan akak. Fiqa lega bila akak sedar jugak akhirnya." ucap Fiqa gembira.

Akhirnya, Fiqa meleraikan pelukan antara mereka. Anis Raihanna menghadiahkan sebuah senyuman kepada Fiqa. Dia cuba menyelesakan diri.

"Fiqa akak dekat mana?" soal Anis Raihanna perlahan.

Tekaknya terasa kering pada ketika ini. Tanpa dipinta, Fiqa menghulurkan segelas air kepada nya. Lantas, gelas tersebut bertukar tangan. Tangan Fiqa mengusap lembut belakang badan Anis Raihanna. Dia meneguk air tersebut perlahan-lahan.

"Akak dekat hospital sekarang ni." jawab Fiqa.

Syafiq hanya tersenyum nipis kepada mereka berdua. Gelas tersebut diletakkan semula oleh Fiqa di atas meja kecil yang berdekatan. Anis Raihanna menghela nafas lega.

Belum sempat Anis Raihanna meneruskan kata-katanya, ketukan di pintu menarik perhatian mereka semua. Syafiq mengatur langkah untuk membuka pintu.

Sebaik pintu tersebut dibuka, terpacul dua orang gerangan di sebalik muka pintu itu. Puan Aimi dan Puan Zulaikha bergegas masuk ke dalam. Mereka segera mendapatkan Anis Raihanna yang sedang duduk berehat di atas katil hospital.

"Anak ibu, jangan buat ibu risau lagi macam ni." ucap Puan Aimi sebak.

Bagai mahu luruh jantungnya melihat keadaan anak perempuannya terlantar lemah di hospital untuk beberapa minggu. Mujurlah hari ini Anis Raihanna sudah menyedarkan diri. Tubuh lemah Anis Raihanna dipeluk erat oleh Puan Aimi.

Anis Raihanna membalas pelukan tersebut lalu mengeratkan lagi pelukan mereka. Puan Zulaikha memerhati keadaan mereka berdua dengan perasaan pilu dan sayu. Dia amat faham perasaan tersebut.

"Ibu, Anis nak Raihan. Mana Raihan? Mana Is?" rengek Anis Raihanna yang masih dalam pelukan Puan Aimi.

Puan Aimi segera meleraikan pelukan. Dia mengerutkan dahi kepada Anis Raihanna. Tangannya menyeka sisa air mata anak perempuannya. Pada mulanya dia tidak mengerti siapa yang cuba Anis Raihanna maksudkan, namun pada akhirnya baru dia faham.

"Anis jangan nangis sayang. Ibu ada dekat sini. Raihan selamat. Semua selamat." terang Puan Aimi tenang.

Terpancar sinar kebahagiaan pada riak wajah Anis Raihanna pada ketika ini. Bibirnya mula menguntum senyuman. Dia menghela nafas lega. Dia bersyukur bahawa mereka berdua selamat.

Anis Raihanna cuba bangun berdiri untuk berjumpa Raihan. Namun, dihalang oleh ibu mertuanya, Puan Zulaikha.

"Anis, jangan banyak bergerak sayang. Anis kena rehat." pesan Puan Zulaikha lemah lembut.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now