BAB 15

14.5K 739 77
                                    

Afiq Raihan menghela nafas lega. Dia mengukir senyuman penuh makna. Akhirnya rancangannya berjaya. Diharapkan semua berjalan lancar.

Semua orang tersenyum gembira mendengar keputusan Anis Raihanna. Encik Zahid dan Encik Zhafran gembira kerana anak mereka dapat disatukan. Walaupun bukan dengan cara yang baik mereka redha. Mereka hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

"Alhamdulilah, mama dah dapat menantu. Tak ada lah sunyi lagi nanti. Anis nanti panggil mama ye bukan Mak Ngah lagi. Tak sabar nak timang cucu." seloroh Puan Zulaikha. Kata katanya mengundang tawa dari semua orang. Namun bukan daripada Anis Raihanna dan Afiq Raihan. Mereka sekadar tersenyum kekok.

Puan Aimi menarik Anis Raihanna ke dalam pelukannya. Dia mengusap belakang anak gadisnya. Dia bangga dengan keputusan Anis Raihanna.

"Terima kasih anak ibu. Ibu tahu ibu abah tak salah dalam mendidik Anis. Maafkan ibu nak. Ibu salah faham dengan Anis" bisik Puan Aimi ke telinga anaknya. Dia menahan diri daripada menangis. Dia perlu kuat untuk anaknya sebagai ibu.

Anis Raihanna tersentuh dengan kata kata ibunya. Dia membalas pelukan ibunya dengan erat. Dia sendiri tak pasti dengan keputusannya. Namun dia pasrah. Mungkin dia tiada jodoh dengan Haiqal Iskandar.

Anis Raihanna meleraikan pelukan. Ditatap muka ibunya dengan penuh kasih sayang. Dia mengukir senyuman.

"Ibu doakan je kebahagiaan Anis boleh? Itu je Anis mintak." kata Anis Raihanna. Dia mahu ibunya bahagia. Luluh hatinya melihat ibunya yang selalu risaukan dirinya.

"Ya anak ibu. Tapi ibu pun nak minta Anis buat sesuatu untuk ibu boleh?" pinta Puan Aimi pula. Dia tersenyum bahagia. Sejuk hatinya mempunyai anak seperti Anis Raihanna.

Terkerut dahi Anis Raihanna. "Apa ibu? Anis akan cuba tunaikan permintaan ibu tu." kata Anis Raihanna lagi. Tangannya disilangkan ke dada.

Puan Aimi mengulum senyuman. "Ibu nak Anis jaga rumahtangga Anis elok elok jangan sampai roboh. Cuba cintakan Afiq Raihan tu sepenuh hati. Ingat pesan ibu ni. Ibu sentiasa doakan kebahagiaan Anis." kata Puan Aimi lagi sebelum meninggalkan Anis Raihanna sendirian. Satu kucupan diberikan didahi anaknya.

Anis Raihanna terkedu dengan permintaan ibunya. Macam mana dia nak jaga rumahtangganya kalau sampai tiga bulan saja dia berkahwin. Cintakan Afiq Raihan? Mati hidup balik pun dia takkan lakukan perkara tu. Aipp jangan sampai kau menyesal pulak nanti Anis! Getus hatinya. Dia menjuihkan bibirnya. Memang tak lah dia nak suka mamat poyo tu.

"Oi mak cik termenung apa?" tegur Afiq Raihan. Pandangannya hanya tetap pada televisyen. Saja dia kacau Anis Raihanna. Dari tadi termenung sampai orang tengok dia pun tak perasan.

Anis Raihanna menarik muka. Malas nak layan atok tak cukup umur tu. Agaknya macam mana dia perlu hidup dengan mamat tu selama tiga bulan? Mesti bergaduh je kerjanya. Ahh tidak! Bukan itu yang dia mahukan. Dia menghela nafas lemah.

"Wei Fiq,kita kahwin tiga bulan je kan? Pastu kita tak ada apa apa dah kan?" soal Anis Raihanna separuh berbisik. Takut lah ibubapanya dengar pula.

Afiq Raihan menjongkitkan sedikit keningnya. Apa minah ni pekak ke apa masa aku cakap hari tu? Dia tayang muka seposen.

"Tiga bulan la. Kenapa? Kau nak jadi isteri aku selama-lamanya ke? Aku ok je" balas Afiq Raihan selamba. Dia mendekatkan dirinya ke Anis Raihanna. Dia tersenyum nakal.

Muka Anis Raihanna memerah. Memang cari pasal betul mamat ni. Buk! Sebuah bantal dicampak tepat terkena muka Afiq Raihan. Baru puas hatinya. Dia menghamburkan tawa sepuas-puasnya.

"Ha itu makan dia. Main main lagi. Padan muka." kata Anis Raihanna sebelum berlalu pergi. Dia menyambung sisa tawanya apabila melihat wajah cemberut Afiq Raihan.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now