BAB 7

13.3K 885 152
                                    

Aku memusingkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memusingkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis. Cincin itu aku tetap lama. Lagi dua minggu aku akan bergelar isteri kepada Haiqal Iskandar.

Aku termenung sendiri apabila mengenangkan nasib aku. Macam mana kehidupan aku dengan dia nanti? Mampu ke aku bahagiakan dia?

Boleh ke aku jatuh cinta pada dia sedangkan aku hanya mengganggap dia macam seorang abang. Pada masa yang sama, aku tak nak kecewakan dia. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran.

"Oi, mak cik kau termenung apa?'' sergah Afiq Raihan.

"Eh, mak kau meletop!" Aku melatah secara tidak sengaja. Afiq Raihan pula hanya mentertawakan aku.

"Kau ni kalau aku sakit jantung ke apa tak ke dah arwah. Tak reti bagi salam ke hah?" bidas aku. Seraya itu, aku menggosok lembut dada bagi menghilangkan rasa terkejut.

"Kau nak apa." Aku sekadar berbasa basi. Cincin tadi aku sarungkan semula di jari manis. Aku memandangnya inginkan jawapan.

"Petang ni kan ada meeting dengan Datuk Kamal pasal renew contract dia dengan kita."

"So?" Aku tidak faham dengan maksud yang dia ingin sampaikan.

"Aku tak boleh join sebab ada urusan dengan pihak bank petang ni. So, boleh tak kau wakilkan aku untuk petang ni?" Dia bertanya penuh pengharapan.

"Aduh, aku mana pernah handle meeting sorang sorang wei! Kau tak boleh ke tunda dulu urusan kau dengan pihak bank tu?" Kali ini giliran aku meminta pertolongan daripada dia. Gila ke,aku baru kerja beberapa minggu dah kena handle meeting sorang sorang!

"Tak boleh, sebab urgent sangat urusan tu. Ala, aku percaya kau boleh buat lah! Lagi satu, Datuk Kamal tu salah seorang pemegang saham yang terbesar kat syarikat ni. Jadi aku harap kau buat yang terbaik"

"Aku tak boleh buatlah,Afiq. Aku tak reti sangatlah pasal ni" Aku memujuk rayu kepada Afiq Raihan. Macam mana nak handle meeting sorang sorang dengan orang terpenting pulak tu? Aku buntu.

"Please, Hana. Aku tahu kau boleh buat." Dia mula memujuk aku. Dia membuat muka kesian.

Aduh, ni lemah kalau orang pujuk ni! Aku berpeluk tubuh sambil berfikir seketika. Akhirnya, aku buat keputusan.

"Ok, tapi ada satu syarat..."

"Apa?" Jelas nada suaranya bertukar kepada gembira.

"Lepas kau selesaikan urusan kau dengan pihak bank, kau kena tu sekali. Faham tak?" Aku bercekak pinggang.

Dia mengangguk faham sambil ibu jarinya diangkat. Dia mengulum senyuman.

"Okay, good luck yer. Mak cik! You can do this!" pesan dia sambil mengenyitkan mata. Seraya itu, dia berlalu pergi.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now