BAB 8

13.9K 878 5
                                    

Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Macam mana aku boleh ada kat sini? Bukan aku ada dekat office ke? Aku teringat kejadian yang menimpa diri aku. Seraya itu, aku menghalakan pandangan ke arah pakaian aku. Nasib baik, masih terletak elok pada badan. Aku ingat aku dah jadi 'mangsa'orang tua gatal tu. Aku menghela nafas lega.

"Kau dah sedar? " suara seseorang menegur. Bahu aku terhenjut sedikit kerana terkejut. Nasib aku tak melatah tadi.

"Kau tak reti bagi salam ke apa hah?" seraya itu aku menggosok dada bagi menenangkan diri. Aku melihat dia dengan pandangan tidak puas hati.

"Sorry lah wei, aku cuma happy kau dah sedar" Aira tersengih. Dia mengambil tempat disebelah aku.

"Yelah, ada air tak? Aku haus" aku membalas senyuman Aira. Entah kenapa tekak aku terasa kering.

Tidak lama kemudian, Aira membawa aku secawan air. Dia menghulurkan air tersebut kepada aku. Air tersebut
bertukar tangan. Aku minum air itu seteguk. Ah, leganya!

"Anis, nanti call Afiq. Dia pesan kalau kau dah sedar call dia." Aku tersentak. Kenapa aku kena call dia? Kalau bukan kerana dia tak tunaikan syarat, mungkin tak akan jadi macam ni. Sejujurnya,aku terasa dengan Afiq Raihan.

"Nantilah,aku call dia." balas aku acuh tak acuh. Aku minum air tadi seteguk lagi. Kenapa dia sibuk nak ambil tahu pasal aku? Aku beriak selamba.

"Kau ni, kau tahu tak yang dia selamatkan kau! Baik kau call dia sekarang!" balas Aira dengan nada tegas. Dia bercekak pinggang sambil mencerlung mata kepada aku.

"Uhukk" Aku tersedak. Aira menepuk perlahan belakang aku. "Anis,kau ok tak ni? Aku bukan apa kalau bukan sebab Afiq Raihan tak tahu la apa jadi kat kau. "

Aku minum seteguk lagi air untuk melegakan tersedak tadi. "Kau tahu tak dia yang angkat kau balik rumah aku" tambah Aira. "Burr.. " Aku tersembur. Muka dan pakaian Aira basah. Muka dia memerah. Dia membuntangkan mata ke arah aku.

"Apa kau ni, tak senonoh betul la?!" marah Aira. Aku tersengih macam kerang busuk. "Sorry,wei! Aku tak sengaja. Tapi seriuslah dia angkat aku?!"aku macam tak percaya dengan apa yang Aira cakap tadi. Afiq Raihan selamatkan aku?! Dia angkat aku?! Lagi?!

"Iyer.. Dah aku nak pergi tukar baju. Baik kau call dia sementara tunggu aku" arah Aira. Lalu,dia beredar dari bilik aku.

Aku cuba mencerna semula kata kata Aira. Rasa bersalah menguasai diri sebab menyalahkan Afiq Raihan tadi. Tapi salah dia juga! Aku mengeluh. Sekarang, nak call ke tak nak? Aku berpeluk tubuh. Ah, call jer lah!

Lantas, aku mengambil telefon lalu nombor Afiq Raihan ditekan. Tidak lama kemudian,talian disambungkan.
"Mak cik kau dah sedar? " suara Afiq Raihan keluar dari corong telefon. "Hmm" balas aku acuh tak acuh. Saja nak bagi dia sedar diri sikit yang dia tu salah.

"Aku tahu lah aku salah,ermm sorry eh" nadanya selamba. Tak menunjukkan langsung rasa bersalah. Aku macam tak percaya itu jer dia cakap lepas semua benda ni jadi?! Tak boleh jadi ni?! " Kau ingat senang aku nak terima permohonan maaf kau tu?! Aku trauma tau tak?! Trauma?! " nada suara aku meninggi.

Aku tak tahu macam mana ayat trauma tu terkeluar dari mulut aku sebab itu saja yang terlintas di fikiran. Rasa nak tepuk mulut sendiri jer! Apa lah yang kau merepek ni,Anis!

"Aduh, Yelah. Aku bagi kau cuti seminggu! Puas hati? Tak payah nak merajuk sangat. Suruh tunang kau tu pujuk! Tak kuasa aku nak pujuk kau. " sindir Afiq Raihan. Aku tersenyum kemenangan. Hati aku berbunga bunga bila dengar mamat tu bagi cuti.
Hilang terus kemarahan aku tadi."Ok, kalau macam itu confirm hilang trauma aku." Sekali lagi, aku mengukir senyuman. "Nanti kita ada meeting dekat Ampang. Lebih kurang 3 hari 2 malam jugak la sebab projek besar. Kita pergi naik kereta aku. So, aku akan ambik kau nanti. Kau prepare la apa yang patut." terang Afiq Raihan panjang lebar.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now