BAB 40

15.1K 722 119
                                    

"Wei Amirul! Akhirnya balik jugak kau... Ingatkan dah tak reti balik sini. Urusan kau dah selesai ke?" sapa Haiqal Iskandar mesra.

Mereka berpelukan bagai setahun tak berjumpa. Padahal baru beberapa hari Amirul menguruskan urusannya. Dia mengukir senyuman.

"Alhamdulilah semua dah selesai. Terima kasih Is sebab kau sanggup tolong aku." ucap Amirul sambil meleraikan pelukan.

"Tak ada masalah la wei. Aku tolong mana yang mampu. Tapikan aku kesian dekat kau. Tak sangka susah betul nak jadi CEO  rupanya." balas Haiqal Iskandar pula.

Sibuk sungguh dia sepanjang ketiadaan Amirul. Pelbagai meeting yang dia perlu hadiri bagi mewakilkan sahabatnya.

Itu belum lagi dengan menggantikan tugas Amirul untuk mengesahkan beberapa proposal. Nasib baik Encik Ehsan banyak membantu.

"Hahaha...baru kau tahu perasaan aku macam mana kan? Kau ingat aku goyang kaki je eh." usik Amirul selamba.

"Eh tapikan sepanjang kau jaga syarikat ni, makin banyak pelabur yang nak melabur untuk syarikat kita. Kau buat apa hah?" soal Amirul ingin tahu.

Terkejut dia dengan sejumlah wang yang dilaburkan kepada syarikat miliknya. Bilangan pelabur makin meningkat dari hari demi hari.

"Oh aku tak buat apa sangat lah wei. Aku cuma bagi cadangan dalam mesyuarat. Sejak tu, ramai pelabur yang berminat untuk melabur dengan syarikat kau ni." balas Haiqal Iskandar merendah diri.

"Lepas ni kau boleh la ajar aku pulak. Aku rasa kau sesuai lah dalam bidang ni." kata Amirul yakin.

"Eh, mana ada. Kalau bukan sebab Encik Ehsan mungkin lingkup terus syarikat kau wei." nafi Haiqal Iskandar.


"Hahaha...tak nak mengaku pulak. Kau nak dengar berita gembira tak?" balas Amirul teruja.

"Gila ke tak nak. Mestilah nak. Cakaplah cepat." gesa Haiqal Iskandar yang tak reti menyabar.

Makin geram Haiqal Iskandar apabila Amirul masih tak membuka mulut. Ada yang kena sekeh kepala jugak ni.

"Oi, Mirul. Cakaplah. Apa berita gembira tu." kata Haiqal Iskandar tak puas hati.

Amirul tersengih kerang apabila melihat reaksi Haiqal Iskandar yang seperti cacing kepanasan tu. Belum bagitahu dah macam ni. Haih.

"Aku dah bincang dengan Encik Ehsan untuk..."

"Untuk apa? Cakaplah woi!" nada suara Haiqal Iskandar mula meninggi.

"Untuk tukarkan kau ke Perak balik bulan depan." balas Amirul selamba.

Haiqal Iskandar terlopong. Tidak percaya dengan kata-kata Amirul sebentar tadi. Amirul hanya tersenyum lebar.

"Kau tak tipu aku kan Mirul?" soal Haiqal Iskandar mahukan kepastian.

"Betullah. Takkan aku nak tipu pulak. Permohonan pertukaran kau ke Perak bulan depan pun dah diluluskan tau. Bukan itu je wei, kau dapat kenaikan pangkat dengan gaji jugak." terang Amirul tenang.

Haiqal Iskandar memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi apabila diberikan rezeki ini. Tak sangka dia mendapat peluang seperti ini.

"Alhamdulilah. Tapi Mirul, kenapa perkara ni macam tiba-tiba je." luah Haiqal Iskandar tiba-tiba.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now