BAB 18

13.4K 699 19
                                    

"Bangun! Bangun! "  jerit Puan Zulaikha. Dia sudah mencekak pinggang. Ingatkan boleh juga la dia harapkan Anis Raihanna untuk kejutkan Afiq Raihan. Tapi rupanya sangkaannya meleset. Tak sangka anak menantunya tu tumpang tidur sekali dengan Afiq Raihan. Apa nak jadi lah.

Anis Raihanna tersedar daripada tidur apabila terdengar jeritan seseorang. Dia terpisat pisat sambil cuba membuka mata. Pelukan suaminya masih erat memeluk tubuhnya.

Pandangan dihalakan ke arah Puan Zulaikha. Kecut perut dia apabila melihat ibu mertuanya merenung tajam ke arah mereka berdua. Anis telan air liur. Aduh, macam mana boleh tertidur sekali ni. Rungut hatinya,geram kerana kecuaian sendiri.

Anis cuba meleraikan pelukan suaminya. Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya dia berjaya. Kali ini dia cuba mengejutkan suaminya pula. Tak tahan dia dengan renungan tajam daripada Puan Zulaikha. Macam nak makan orang saja gayanya.

"Afiq,bangunlah. Bangun!" Anis mengoncang tubuh suaminya beberapa kali. Ditampar lembut muka Afiq Raihan bagi mengejutkan lelaki itu daripada lena. Kalau ikutkan hati memang nak lempang sekuat hati. Mengada nak tidur lepas subuh. Namun disabarkan saja.

"Hana jangan kacau akulah, aku penat." balas Afiq Raihan. Dia membuka mata lalu dipandang isterinya dengan riak muka kesian. Matanya terlalu berat. Rasa kantuk telah menguasai dirinya. Hebat sungguh penangan tidur lepas subuh. Patut ramai orang buat. Hahaha

Anis membuat isyarat mata kepada Afiq Raihan. Dia menggerakkan bebola matanya ke arah Puan Zulaikha beberapa kali. Afiq Raihan mengerutkan dahi. Tak faham dengan isyarat yang ingin disampaikan oleh isterinya.

Dah kenapa minah sorang ni. Sakit mata ke apa? Monolog Afiq Raihan. Pelik dengan keadaan isterinya. Anis Raihanna sudah menepuk dahi. Kenapa lembab sangat suami aku ni. Kutuk Anis dalam hati. Akhirnya,dia menolak muka suaminya agar tertoleh ke arah Puan Zulaikha.

Membulat mata Afiq Raihan apabila sedar Puan Zulaikha merenung dirinya tajam. Rasa mengantuk tadi hilang serta merta. Kini perasaan takut mula menerpa. Segar bugar dibuatnya.

"Afiq, Anis. Sedap tidur lepas subuh? Afiq ,apa mama papa pesan dulu? Tak elok tidur lepas subuh tak masuk rezeki. Anis pulak mama suruh Anis kejut Afiq. Bukan tidur sekali. Sudah sekarang ni mama nak kamu berdua sarapan cepat. Kalau tak, siap kamu!"bebel Puan Zulaikha. Dia melangkah pergi meninggalkan suami isteri itu. Puan Zulaikha mengeleng kepala. Macam macam ragam betul pengantin baru ni.

"Kau la ni. Mengada nak tidur lepas subuh. Dah lah sesuka hati peluk orang." bidas Anis Raihanna tak puas hati. Kalau bukan sebab Afiq Raihan mesti dia tak kena bebel dengan Puan Zulaikha pagi pagi buta ni.

"Hei kau yang cari gaduh pagi tadi eh. Sampai penat aku nak layan kau. Bila masa aku peluk kau? Tak kuasa aku." balas Afiq Raihan. Dia bingkas berdiri. Bila masa pulak dia peluk Anis? Bukan dia peluk bantal golek dia ke?

"Ish, malas lah aku nak layan kau ni. Dah buat tu tak nak mengaku. Salahkan orang je tahu. Huh!" kata Anis Raihanna lagi. Dia mengatur langkah ke ruang makan. Baik dia sarapan sebelum Puan Zulaikha datang lagi.

Afiq Raihan berdecit. Habis dia kalau hari hari macam ni. Takkan nak berebut bilik air setiap pagi? Mesti lambat dia nak pergi kerja nanti. Lagi satu kalau betul la yang dia peluk Anis Raihanna masa dia tidur. Tak mustahil dia akan mengulangi perkara sama dikemudian hari. Ha tak boleh! Itu tak boleh terjadi.

Dia sudah berjanji dengan Haiqal Iskandar untuk menjaga Anis Raihanna sebaiknya dengan mengahwini gadis itu. Dia tak mahu dikatakan mengambil kesempatan. Nampaknya ada satu cara yang dapat menyelesaikan perkara ni. Dia melangkah keluar dari biliknya untuk bersarapan dengan segaris senyuman dibibir.

C | SUAMI 3 BULANWhere stories live. Discover now