Prolog

3.5K 156 1
                                    

Kompang dipalu,

Pengantin baru,

Duduk bersanding,

Tersipu malu.

Lagu yang wajib didendangkan ketika adanya majlis perkahwinan didengari dari permulaan masuk ke selekoh Kampung Ambing sehinggalah sampai di depan khemah kenduri perkahwinan dua pasangan sejoli ini.

Dengan perasaan teruja, aku buka tali pinggang keselamatan dan berlari anak ke dalam kawasan perumahan Jiha. Ya, pasangan sejoli yang aku kata tadi itu adalah tak lain dan tak bukan...

Kawan aku dunia dan akhirat, Najihah!

Selepas bertahun menunggu si lelaki mengumpul duit dan meyakinkan ahli keluarga si perempuan, akhirnya mereka selamat diijabkabulkan semalam.

Aku tak dapat datang semalam memandangkan Izani, suami aku masih berkerja. Pagi tadi barulah kami bertolak dari rumah ke Kampung Ambing. Nasib baik tak jauh, dalam dua jam perjalanan kalau ikut jalan kampung dan tiga jam perjalanan kalau ikut jalan highway.

"Jiha!!" Aku menjerit teruja apabila melihat Najihah duduk malu-malu di atas pelamin bersama dengan si suami, Iqram.

"Alia! Mana laki hang?"

"Amboi, kau ini! Laki aku juga yang kau cari dulu kan?"

Najihah tergelak.

Alahai, bahagianya aku tengok dia di atas pelamin macam ini. Inilah apa yang Najihah impikan sangat lepas dah dapat apa yang dia nak. Kawan ini siap buat checklist lagi tau!

Mula-mula nak pergi melancong, checked!

Nak ada kerja dan bisnes sendiri, checked!

Nak bawa mak ayah pergi Mekah, checked!

Nak kahwin... Pun checked!

Haa, lengkap dah checklist kawan aku ini. Macam manalah aku tak gembira melihat dia dah achieved semua benda yang dia ingin lakukan dalam hidup dia ini?

Aku ada dengan dia dari kitorang ini muka macam kentang dan lengkuas, sampailah sekarang dah lawa macam Lisa Surihani dengan Mira Filzah. Hahaha, okay aku tahu aku terover sikit tapi betullah, aku dengan dia dah banyak berubah.

Berubah jadi wanita yang lebih matang. Hidup yang kami lalui sekarang pun nampak lebih tenang dan tak seserabut dulu, masa kami masih muda.

"Lia, mana laki hang?" Najihah tanya lagi.

"Ish, ada! Aku tak lupa aih nak bawa dia sekali. Yang kau kalut sangat dengan laki aku itu kenapa? Kan Iqram ada dekat sebelah."

"La... aku kenalah kalut. Hang tak tau lagi ka, mak-mak menakan aku itu kalau nampak laki hensem macam laki hang itu, depa terkam tak lepas!"

Gulp! Oh no!

"Lia, aku rasa baik kau pergi cari laki kau. Takut dia terkena sekatan lalulintas dengan mak-mak menakan Jiha ini." Iqram bersuara.

Alamak! Hesy, payah betullah ada suami hensem macam Izani ini.

Cepat-cepat aku keluar dari khemah pengantin dan berjalan mencari suami aku di khemah yang lain. Mata ini tak lekang dari terus mencari dan mencari sampailah aku ternampak sekujur tubuh yang aku sangat kenal.

Nun jauh di sana, di hujung khemah.

Izani berusaha nak mengelak daripada berlama-lama dengan geng mak menakan Jiha tapi macam biasa, dah nama pun Izani. Dengan aku saja dia dingin, keras macam batu tapi bila dengan perempuan lain, nak-nak pula perempuan yang lagi tua dari dia, Izani itu macam lalang!

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now