Bab Empat

1.9K 117 1
                                    

Bunyi penggera jam di tepi katil, aku tutup dalam keadaan mamai. Dah pukul tujuh ke? Aku meregangkan badan sebelum bangun dari perbaringan. Rambut yang panjang aku ikat dengan malas.

Mulut ini tak henti-henti menguap. Letih, penat, rasa sakit-sakit. Cukup, semua dalam satu. Bahu diurut perlahan-lahan. Sempat juga aku kerling ke sebelah, Izani tiada di situ. Pergi manalah agaknya suami aku ini.

Selepas saja aku bersihkan diri, hati ini tergerak nak buka almari baju dan mencari baju Izani yang bersaiz besar. Suami aku ini baju banyak saiz L saja, tapi badan pula makin sasa sejak pergi gim dengan Abang Azad.

Dan isteri dia pula.. Hm, susah nak kata. Kejap baju saiz S, lepas itu baju saiz M. Tak pernah lagi aku ada saiz yang tetap.

Cari punya cari, aku terjumpa satu baju Pagoda yang terlipat di bawah baju-baju Izani yang dia jarang pakai. Tak silap aku baju Pagoda ini dia beli semasa kami berada di kampung Izani. Masa itu dia tak bawa baju, nak tidur semalaman.

Opah yang suruh dia beli baju Pagoda, sejuk bila pakai waktu malam. Tapi Izani hanya pakai sekali saja, itu pun semasa kami bermalam di rumah opah. Nak jaga hati punya pasal.

"Bolehlah ni..."

Aku ambil dan sarungkan ke badan. Kemudian aku pergi ke meja solek.

Tudiaaa!

Baju Pagoda ini besar nak mampoih! Bukan setakat londeh di bahu, dada aku pun hampir ternampak. Walaupun aku masih pakai tuala di dalam, tapi baju Pagoda ini berjaya tutup kesemuanya.

Hanya dari lutut hingga ke bawah saja yang terdedah. Tang dada itu, tak payah cakaplah. Memang dah terang-terang terbuka.

Baju Pagoda ini boleh buat jadi blouse. Hahaha! Aku gelak sendirian.

"Lia, saya dah masakkan..."

Aku menoleh ke arah Izani yang berada di depan pintu bilik. Dia kaku di situ manakala aku pula kaku di depan meja solek. Masing-masing telan air liur.

Mata Izani dari tadi galak tengok aku, atas bawah. Aku pula mulalah tutup sana sini daripada berterusan jadi tatapan Izani.

"Awak cuba buat apa ini, Lia?"

"Sa.. saya.."

Makin kuat sindrom gagap aku bila Izani datang dekat. Tangannya mendepa elok, cuba mencapai lengan aku. Ah, sudah!

"Lia.."

"Saya.. saya saja nak cuba baju awak ini. Teringin sangat nak pakai baju Pagoda, kan awak kata kalau pakai ini, terasa sejuk. Hari ini kan panas, sebab itu.. sebab itu.. Makk!!"

Tangan Izani elok terletak di pinggang. Badan aku terus tak boleh bergerak, macam disuntik ubat bius di merata tempat. Tuala kecil yang aku jadikan sebagai kain untuk keringkan rambut ala-ala berada di spa, Izani lepaskan.

"Macam mana awak tahu hari ini panas sedangkan sekarang baru pukul lapan pagi? Hm?"

Suara ini... suara ala-ala Chris Hemsworth ini yang buat hati aku cair. Suara ini yang buat aku tewas.

Aku berdehem.

"Saya tengok forecast tadi, dalam telefon. Awak masak apa tadi? Jom makan, saya lapar." Aku berusaha melepaskan pegangan di pinggang.

Tapi Izani masih kekal statik di depan aku.

Matanya tak lekang daripada menatap muka aku. Tangan dia mengelus muka aku sebelum dia mendekatkan bibirnya ke dahi, kemudian turun ke pipi dan paling lama di bibir aku.

Okaylah, kali ini aku mengalah. Marilah kita bunuh syaitan awal pagi ya, abang sayang.

**********

"Lia, awak tahu tak yang kita ada jiran baru?" Izani bertanya.

"Tahu,"

"Awak kenal dah dengan diorang berdua?"

"Dah."

Di atas sofa berbentuk L ini, aku unjurkan badan. Ah, lembutnya lahai! Sedapnya kalau dapat pejamkan mata sejam dua. Pagi tadi dah bakar lemak, jadi tengahari ini kita bela lemak semula.

Izani pun tengah sibuk dengan laptopnya di meja makan. Aku malas nak kacau dia, biarlah dia dengan kerjanya. Aku boleh mengabdikan masa terluang ini dengan tidur.

Tapi tak sampai lima minit aku lelapkan mata, tiba-tiba terasa ada benda yang merayap di pipi. Takkan nyamuk? Aku menggaru pipi tapi tak ada apa-apa pula. Sekali lagi, aku terasa ada benda yang hinggap di muka, takkan lalat pula? Kejap ada, kejap tak ada.

Sudahnya aku buka mata.

"Izani!"

Suami aku ketawa kuat. Elok saja dia duduk bercangkung di depan aku dengan bulu ayam di tangan. Patutlah aku rasa macam ada benda tadi, aku ingatkan nyamuk atau lalat. Rupa-rupanya bulu ayam yang mendarat.

"Awak ini, pantang nampak saya rehat, mesti nak kacau kan?"

"Temanlah saya buat kerja." Izani mengelus pipi aku.

"Malaslah, saya teman dari sini." Aku pejamkan mata semula.

"Mana boleh teman saya dari sofa ini, saya tak nampak muka awak."

"Aik, habis itu selama ini? Sebelum kita kahwin, elok je awak buat kerja? Ke dulu ada orang lain yang jadi sumber tenaga awak?" Aku menduga. Saja nak mengusik kesetiaan suami sendiri.

Terus keruh muka Izani.

"Tak ada. You are my first and last. Awak ingat, ada ke orang yang nak dekat saya dulu?"

Aku bertongkat dagu. Betul juga ya.

Aku hampir-hampir lupa yang Izani ini dulunya dingin, tak suka bergaul dengan perempuan. Kalau bertegur pun, hanya bertukar salam saja. Kemudian dia hilang entah kemana.

Sampailah dia berjumpa dengan aku yang mulut kecoh, cakap ikut sedap hati ini. Barulah hidup dia nampak meriah sikit sebab ada isteri yang suka berceloteh, pot pet pot pet dua puluh empat jam.

"Kiranya saya ini perempuan malanglah sebab jumpa dengan awak. Kalau sajalah saya mengorat Abang Azad sebelum dia ada hati dengan Nad itu..."

"Alia Qaisara." Suara Izani berubah. Pandangannya bertukar tajam.

Bila tersedar aku dah terlanjur kata, cepat-cepat aku memujuk dia. Aku mengusap mukanya, kening yang berkerut itu aku urutkan supaya tak berkerut lagi.

"Awak bukan perempuan malang, awak perempuan paling bertuah sebab bersuamikan Muhammad Izani tau! Bukan senang nak jumpa lelaki macam saya." Izani bersuara. Kali ini lebih terdengar lembut daripada tadi.

"Yela, saya gurau aje tadi. Saya ini kiranya macam heroin dalam lagu Maroon 5 itu, Lucky Strike."

Dengan muka tak tahu malu, aku menyanyi sebahagian lirik dari lagu Maroon 5.

She keeps me up all night,

This is what's sound like,

Ooo my lucky strike

Your body rockin'

Keeps me up all night,

One in a million

My lucky strike!

Terlepas perlahan tawa Izani, tak marah aku dah la tu. Izani meletakkan tangannya ke pipi aku dan merenung muka aku lama. Aku membalas pandangannya semula dengan mata yang sengaja dikelip-kelipkan.

"Saya tak nak dengar awak cakap macam itu lagi, sayang."

"Ya, Encik Izani. Saya janji, saya tak cakap macam itu lagi. Okay?"

Izani anggukkan kepala. Disebabkan aku masih berdegil nak baring di sofa, sebagai balasan, Izani dengan selamba lepaskan geramnya. Dia sengaja tinggalkan tandanya di leher aku.

Hesy! Lagi dilarang, lagi kuat pula dia buat. Lepas ini aku nak lumurkan minyak angin dekat leher ini, biar bibir dia terasa panas semacam. Dah macam drakula, kerja nak menggigit saja. 

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now