Bab Enam Belas

2.2K 126 11
                                    

Nafas dihembuskan beberapa kali. Tangan Izani aku pegang kejap, tak mahu lepas. Nak berjumpa dengan Marlisa kan? Mestilah aku berdebar-debar. Macam nak berjumpa dengan anak mafia pun ada.

Pagi tadi, Izani ajak aku jumpa dengan Marlisa. Sebenarnya dah berkali-kali dia mengajak, katanya dia nak selesaikan semua ini secepat yang mungkin. Tapi aku tak tahu dia sebenarnya nak selesaikan apa.

Ada lagi ke benda yang masih tertangguh dan masih belum diselesaikan?

"Lia, do you trust me?" Tiba-tiba Izani bertanya apabila kami tiba di sebuah kafe antik.

Mata kami berlaga pandang, lama sehinggalah telefon Izani berbunyi. Aku pun masa itu juga kalut menanggalkan tali pinggang keselamatan.

Aku bukannya tak percayakan dia tapi tingkah laku dia yang sekarang ini buat aku rasa musykil. Apa benda yang dia nak selesaikan dengan Marlisa? Kenapa aku rasa macam ketinggalan jauh sangat ini?

Kami mengambil tempat di meja yang tersembunyi dari orang ramai. Marlisa tak sampai lagi tapi aku masih tak boleh tenangkan diri. Berkali-kali aku cuba tapi makin berdebar-debar adalah. Izani pula kulihat tenang saja, tak banyak cakap.

Dari tadi tangannya hanya ralit mengusap perut aku, bercakap dengan little Izani di dalam perut. Dulu aku malu apabila Izani buat begini, nampak macam orang tak betul tapi aku ada baca satu artikel.

Salah satu cara untuk bagi bayi kenal siapa mak ayah mereka adalah dengan bercakap dengan dia sendiri. Baru dia kenal, oh... ini mak aku. Oh... ini bapak aku. Haa, gitu!

"Lia, Marlisa is here. Come, duduk sebelah saya."

Daripada duduk jauh-jauh, kerusi aku ditarik sekali saja dan terus lengan aku berlaga dengan lengannya. Marlisa yang berjalan ke arah kami datang dengan muka yang meluat. Macam biasa, dia masih berpakaian ketat dan menjolok mata.

Bulan puasa pun masih berpakaian macam itu. Walaupun sekarang dah lepas waktu berbuka puasa tapi hesy...

Eh, kau pun sama Lia! Duk mengutuk dia bukan main, tahulah kau tak puasa. Ini bukan tiket untuk kau sedap-sedap kutuk orang. Raya ini nak pergi minta maaf dengan dia ke?

Kalau tak nak, jangan mengutuk. Duduk saja diam-diam.

Tanpa perlu menunggu pelawaan dari Izani, dia menarik kerusi dengan kasar di depan Izani. Aku perhatikan suami aku, masih sama. Tenang dan wajahnya hanya terpamer riak kosong.

"So, you nak apa panggil I?"

Tak ada salam, tak ada intro, terus diterjah. Nampak bengang betul si Marlisa ini.

Lipstik dia yang merah menyala lagi buat dia nampak macam watak antagonis drama Korea. Watak jahat dalam drama Korea kan selalu pakai lipstik warna bold, nak tunjuk kata mereka itu bold and fearless la kononnya.

"I nak you minta maaf dengan Alia."

Muka yang tertunduk sejak tadi terangkat tinggi memandang mereka berdua silih ganti. Ha, ini kenapa tiba-tiba nak minta maaf dengan aku? Bila mata memandang Marlisa, wanita itu mencerlung pandang aku.

"For what?"

Eh, mata itu! Mata itu pandang Izani bila soalan kau ditujukan dekat dia. Pandang-pandang aku macam nak terkam aku itu dah kenapa? Cucuk dengan garfu ini kang!

Izani berjeda seketika. Dia mengambil sesuatu dari belakang badannya. Ada satu sampul surat yang besar, sampul itu dia letakkan di atas meja.

Bila masa dia bawa sampul itu sekali? Ada apa dalam sampul itu? Aku memang ketinggalan sungguh!

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now