Bab Lima Belas

2.3K 130 14
                                    

-IZANI-

"Bos, ini fail yang bos minta." Sabrina meletakkan dua fail yang berbeza warna di atas meja. Aku hanya berdehem saja. Jam di tangan aku pandang sekilas.

12.30 tengahari.

Selalunya waktu macam ini Alia akan mula menelefon bertanya apa yang aku tengah buat, kadang-kadang dia akan berbual dengan aku sepanjang aku siapkan kerja, ada juga dia yang mendengar aku membebel itu ini soal kerja.

Soalan yang paling kerap ditanya, "Awak nak makan apa?"

Sebab aku selalu balik makan tengahari di rumah.

Rambut dikuak kasar ke belakang. Tali leher dah lama ditanggalkan dan aku campak entah kemana. Aku serabut, sangat-sangat serabut.

Satu apa pun kerja yang ada di dalam pejabat ini tak mampu bagi aku fokus sejak aku bergaduh dengan Alia.

I am your wife and also the one who carry your child. Yours.

Tangan menongkat kepala yang berat, berat dengan masalah dan dugaan semasa berpuasa ini. Hari ini dah masuk hari kelima Ramadhan aku tanpa Alia di sisi. Aku tak hiraukan sangat dengan kondisi aku tapi dia, Alia. Aku risaukan dia.

Dah berkali-kali aku cuba menelefon dia tapi tetap suara operator panggilan yang menjawab. Aku mesej juga, tak dibalas. Apa lagi yang aku boleh buat sekarang?

Telefon di tepi komputer aku ambil. Gambar Alia aku tatap dengan penuh kerinduan. Bila mata terpejam, terus aku ternampak muka Alia yang nyata kecewa dengan sikap aku. Kecewa dengan aku yang berpihak kepada orang lain.

Haih, kalau saja masa boleh diputar ke belakang...

Bunyi interkom berbunyi dan aku terus menekan butang tersebut.

"Yes, Sab?"

"Bos, Encik Qaizer nak berjumpa dengan bos. Boleh ke kalau..."

"Let him in, Sab." Pendek aku berikan jawapan. Tak sampai seminit, Qaizer berdiri di depan pintu dengan muka bengis.

Ini pertama kali aku tengok adik ipar aku berwajah bengis begini. Selalunya dia tak naik angin. Tapi bila aku tersedar tentang punca Qaizer jadi begini, aku tundukkan kepala. Dulu aku berjanji akan menjaga Alia dengan baik tapi di depan mata dia sendiri, aku menjerkah Alia.

What have you done, Izani?

"Qai.."

Pang! Satu sampul bersaiz A4 diletakkan di atas meja. Tanpa kata, Qaizer duduk di depan aku. Dadanya tak usah kata, tengah turun naik menahan marah.

"Apa semua ini?" soalku sambil tangan sibuk membuka sampul tersebut.

Gambar sekotak hadiah yang berisi... bangkai tikus? Mata aku bertaut lama dengan Qaizer, lelaki itu masih menguncikan mulutnya. Aku lihat pula helaian seterusnya, gambar Alia bersama dengan Najihah dahulu kala. Tapi ayat yang ada di hujung gambar tersebut buat aku tersentak.

"Apa semua ini, Qai? Explain to me." Tegas aku berkata.

"Macam yang abang long tengok, along kena ugut dengan someone. Qai dah buat laporan polis walaupun along tegah. Gambar pertama itu, ada orang hantarkan kotak itu dekat rumah jiran along." Qaizer mula buka cerita.

Kejap. Qaizer ada sebut tentang rumah jiran Alia kan? Itu membawa maksud... selama ini isteri aku ada dekat dengan aku?! Dia cuma tumpang berteduh di rumah Tasneem itu ke? Allahuakbar.

"Ini nombor telefon orang yang hantarkan kotak itu. Qai dah cuba call tapi tak berjawab. Abang long kenal tak?"

019-526...

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now