Bab Sepuluh

2K 126 3
                                    

Pappp!

Adoi!

Aku menggosok perlahan lengan aku apabila ditampar oleh Najihah. Muka dia jelas tengah menahan geram di dalam hati.

"Ji, kau ini! Sakit tahu tak bila kau tampar."

"Sakit lagi hati aku yang mendengar. Kau dah kenapa, Lia? Cuba bila nak buat sesuatu itu, fikir dulu. Dari dulu, duluuuuu! Sampai la ni kau tak berubah kan?"

Aku tayang muka selamba, malas nak dengar apa yang dia bebelkan. Ha, membebel lah puas-puas sampai ke senja. Aku rela dengar kau membebel daripada duduk serumah dengan Izani waktu cuti ini.

Najihah memicit dahi.

Rilekslah, aku yang ada masalah tapi dia yang beria-ria tertekan.

Ping!

Bunyi mesej dari telefon aku biarkan. Aku tahu dah siapa yang menghantar mesej, daripada aku keluar rumah tadi sampai sekarang.

Ping!

Hesy, rimaslah! Aku mematikan telefon terus. Najihah yang melihat tak henti-henti gelengkan kepala.

"Lia, jangan derhaka dengan suami."

Kata-kata Najihah menyentap hati aku. Tak mahu bertentang mata dengan kawan aku sendiri, aku menjatuhkan pandangan ke arah perut yang kian ke depan dan membulat.

Siapa kata aku derhaka dengan suami? Awal-awal lagi aku dah bagitahu Izani yang aku akan keluar dengan Najihah. Nak beli barang baby berdua.

Aku tak pernah lupa sediakan makan pakai suami aku itu walaupun hati masih bengkak dan merajuk dengannya. Selagi dia tak berterus-terang tentang Marlisa kepada aku, selagi itulah aku akan menjauhkan diri daripada dia.

"Sebelum ini kau bolehlah nak melawan cakap dia, nak protes dengan dia bagai nak rak. Sekarang dah tak boleh, Lia. Look at yourself, dah nak jadi mak orang dah pun. Sebagai isteri, tempat kita adalah di samping suami." Najihah mula membuka mukadimahnya.

"Aku cuma nak tahu siapa Marlisa, tapi dia pergi kona sana-sini tak jawab soalan aku. Kalau kau ada dekat tempat aku, kau takkan tak tertanya-tanya?" Aku cuba bela diri.

"Aku faham part itu tapi yang aku tak boleh nak brain sekarang ini... Perlu ke kau protes dengan dia macam ini? Bincanglah elok-elok dengan dia."

"Nak bincang macam mana lagi, Ji? Aku ini sehabis mungkin kawal emosi aku masa aku bercakap dengan dia."

Teringat semula kes dua hari lepas. Gaduhnya tak besar pun tapi disebabkan aku tengah beremosi, semua benda jadi serba tak kena di mata aku. Izani yang selalunya pandai memujuk pun mengalah.

"Saya dah tak tahu cara apa lagi yang patut saya gunakan untuk pujuk awak, Lia. Ikut awaklah nak buat apa pun."

Itu yang dia kata. Disebabkan dia kata macam itulah, aku lancarkan perang dingin dengannya. Kali ini kaw-kaw punya.

Aku sensitif sangat ke?

Hanya mendengar nama Marlisa, terus aku jadi bad mood. Orangnya tak pernah lagi tunjukkan muka di depan aku tapi disebabkan cerita yang ada di ofis itu yang membuatkan aku menyampah dan geram dengan Marlisa.

Haisy, ikutkan hati aku nak saja pergi ke ofis Izani dan pergi berjumpa dengan Marlisa itu sendiri. Tapi memikirkan semula reputasi Izani sebagai CAO di Isla Group, aku batalkan saja niat itu.

Lambat-laun kebenaran pasti akan datang juga. Huh, dah macam Papa Zola.

Tengah duduk ralit melayan Najihah bercerita itu ini dengan aku, tiba-tiba hidung aku terbau sesuatu. Sesuatu yang menyakitkan kepala, tekak pun terasa mual semacam. Gelas air fresh orange aku ambil dan cepat-cepat hidu.

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now