Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa...
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...
Ewah! Aku mengibas baju Melayu Izani yang baru selesai diseterika.
Seronok bukan main Izani bila aku bagi dia pakai baju Melayu warna hijau cair raya tahun ini. Katanya dah dua tahun asyik ikut warna pilihan aku saja, jadi tahun ketiga ini dia nak kami satu famili pakai warna kegemaran dia pula.
Orang kulit putih melepak memanglah lawa pakai baju warna hijau itu. Kita yang tak berapa cerah ini yang rasa segan nak pakai. Takut muka sendiri tenggelam kerana warna hijau ini.
Selesai uruskan pakaian suami, aku seterika pula pakaian aku. Jubah kaftan berwarna hijau cair dengan selendang putih. Itu saja pakaian yang mudah untuk ibu berpantang macam aku ini pakai. Baju raya yang vogue-vogue aku simpan untuk raya haji pula.
Pintu bilik dibuka dari luar, terpampang wajah suami sendiri dengan rambut yang basah. Tangan laju menghulurkan sehelai tuala kering untuk keringkan rambutnya. Menitik-nitik air turun ke lantai kerana rambut dia yang basah.
"Awak nak pergi masjid dengan ayah atau dengan Qaizer?"
"Dengan ayahlah. Kalau pergi dengan Qaizer, habis solat raya nanti dia suruh saya jadi tukang ambil gambar dia. Nak buat OOTD bagai." Izani menyarungkan baju Melayu ke badan.
Aku gelak. Tahu pula dia tentang OOTD budak-budak sekarang.
"Lepas solat nanti, terus balik rumah. Jangan nak melencong pergi cari mercun."
Sambil membantu Izani pakai butang baju, sempat aku selit nasihat beransur ugutan. Tak perlu tanya kenapa, dia sendiri tahu sebab aku melarang keras.
"Ala, tak seronok kalau tak ada mercun, sayang." Izani buat muka sedih.
Bahu dia aku tampar. "Siapa nak pujuk anak kita itu bila dia menangis nanti? Dia dahlah sensitif macam bapak dia."
Aku juihkan bibir ke arah bayi lelaki kami yang sedang lena lepas sebotol susu dia minum awal pagi tadi.
Rayyan Imran, buah hati dan pengarang jantung ibu dan ayah. Usia Rayyan dah cecah dua minggu, pipi dia yang bulat dan londeh itu buat aku geram nak gomol setiap masa. Kalau tanya tentang muka Rayyan ikut siapa,semestinya dia ikut Izani.
Hidung mancung, kulit putih pak-pak macam anak mat salleh! Bulu mata tak tumbuh lagi tapi aku harap yang itu jatuh ikut aku, bulu mata panjang. Barulah nampak menawan, habis dipikat semua gadis bila dah besar.
Hahaha!
Izani duduk berbaring di sebelah Rayyan. Dia mencubit pipi Rayyan dengan geram sampai merah dibuatnya. Tapi anak aku itu langsung tak terjaga, tidur mati macam maknya juga.
Sepanjang dua minggu aku bergelar ibu ini, macam-macam benda baru aku belajar. Waktu tidur Rayyan yang paling mencabar bagi aku. Masa minggu pertama, Rayyan kerap bangun tengah malam, minta susu.
Kini dah masuk minggu ke-dua, dia kadang-kadang saja terjaga waktu malam. Kalau dia rasa ada yang memeluk dia, dia akan tidur lena.
"Apalah ibu ini, Rayyan. Raya kenalah ada mercun, baru enjoy kan?" Izani berbual dengan Rayyan sementara aku menukar pakaian.
Selendang aku lilit ikut keselesaan. Nanti nak menyusu lagi, nak makan lagi. Rayyan pula aku yang akan kerap mengendong kerana dia tak suka badan keras Izani. Asal aku letak saja dia dekat Izani, mulalah Rayyan nak menangis.
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
RomanceSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...