Bab Tujuh Belas

2.2K 121 2
                                    

Spaghetti Carbonara.

Garlic bread with Mushroom Soup.

Dan... Susu formula.

Lengkap satu set juadah aku malam-malam buta ini. Aku pandang tak berkelip makanan yang Izani hidangkan. Jam di dinding rumah aku tengok. Dalam masa sejam lebih, dia berjaya masak semua ini.

Makanan ala western.

"Betul ke awak masak semua ini?"

"Ya, saya masak. Kenapa?"

Hm.... Susah nak percaya. Malas nak berbual panjang dengan dia, aku ambil garfu dan mula menjamah spaghetti yang dia masak.

Sesaat, dua saat, tiga saat...

"Macam mana rasa dia? Tawar? Masin? So-so?" Izani dah bertanya.

Pantang aku makan sesuap, terus nak tanya feedback. Tak menyabar betul. Bahu dijongketkan. Rasanya sedap, sesuai dengan anak tekak aku yang kian cerewet bab makanan ini.

"Boleh la.."

Izani terus tayang muka lega. Dia duduk bertongkat dagu di kitchen aisle, hanya merenung aku makan sampai habis satu pinggan. Semangkuk mushroom soup pula dia tolak ke depan aku.

"Izani, saya dah kenyang."

"Makanlah, saya masak untuk awak. Bukan selalu awak nak merasa air tangan saya kan?" Izani mengacau sup itu supaya haba panas keluar.

Dari aksi dia, aku tahu dia sebenarnya tengah cuba memujuk aku. Dah dua tahun berkahwin, setiap masa aku ada dengan Izani. Semua perilaku dia dah ada dalam ingatan. Ya, tak selalu dia masakkan untuk aku tapi bila dia tiba-tiba rajin masak, maksudnya adalah benda yang dia inginkan.

"Saya cukup risau bila awak gastrik, Lia."

Sup aku hirup sesudu dahulu. Tak masin, sedap macam dekat Pizza Hut punya. Aku suka.

"Bila tengok kita yang macam ini, saya teringat masa awak gastrik balik daripada kenduri Abang Azad. Masa itu habis saya kena sembur dengan awak."

Siapa saja yang tak ingat babak semburan nasi goreng aku itu? Aku tersenyum nipis, kepala ditundukkan pandang sup. Sumpah kelakar masa itu, punyalah terkejut dia ada dekat belakang sampai aku pergi sembur semua nasi goreng yang ada dalam mulut.

Paling tak boleh blah, Izani kata..

"Takpelah, disebabkan you are my future wife, aku tak kisah. Mana tahu lepas kahwin, kau muntah sebab pregnancy pulak.. At least aku dah ada pengalaman kena sembur depan-depan."

Masa itu, malu gila-gila. Malu ada, meluat pun ada. Bajet betul si Izani masa itu.

Bila aku ralit dengan bayangan masa lalu, aku langsung tak perasan Izani dah duduk di sebelah aku. Kakinya sengaja dia kuncikan dari luar supaya aku tak akan lari ke mana-mana.

"Lia, saya tak boleh duduk senang selagi saya tak terangkan perkara sebenar dekat awak. Pasal Marlisa dan anak dia. Saya nak awak tahu dari mulut saya juga."

Matanya ditenung lama, nampak dia betul-betul berharap aku bagi dia peluang. Keluhan dilepaskan. Kalau diam saja, dia takkan lepaskan aku pergi. Izani ini, satu perangai baru yang aku tahu lepas kahwin adalah dia akan bincang semua masalah dan akan selesaikan hari itu juga.

Kalau Ahad kami gaduh, Ahad malam itu juga kami berdamai. Kalau Jumaat kami perang mulut, esok kami dah okay balik.

Dia tak suka bila masalah ada antara kami tapi dia tak sedar, dia itu punca masalah macam ini muncul. Kalau saja dia jujur dengan aku dari awal tentang Marlisa itu, mungkin sekarang aku tak sakit hati.

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now