Checkup untuk hari ini aku pergi bersama dengan Qaizer. Entah apa yang merasuk dalam diri adik lelaki aku itu, tiba-tiba saja datang rumah dan bila ditanya kenapa datang, boleh pula dia kata...
"Nak ambil feel jadi bakal bapa orang."
Selamba badak dia je. Awek pun tak ada, berangan nak jadi bapa orang. Ceh!
"Sekarang kita nak pergi mana?" Qaizer memakai tali pinggang keselamatan dan bersedia untuk memandu. Hanya tunggu mem besar di sebelah bagi arahan.
Itulah, nak sangatkan mengekor. Kau jadilah pak turut along untuk hari ini.
"Kita singgah ofis abang long kejap. Along nak jumpa dengan dia."
"Macamlah tak boleh jumpa dekat rumah nanti." Gumam Qaizer. Tapi aku dengar dengan jelas apa yang dia kata. Tangan terus mencubit telinganya sampai dia mengaduh kesakitan.
Haa! Puas hati dapat cubit telinga dia.
"Kau dah kahwin ke?" Aku tanya.
Qaizer gelengkan kepala.
"Orang tak kahwin, jangan banyak songeh. Belum kahwin, tak tahu lagi penangannya. Nanti bila kau dah ada bini, berkepit dua puluh empat jam saja. Percayalah cakap along." Aku menarik senyum bangga.
Bangga dapat kenakan adik sendiri. Bukan main lagi si Qaizer ini buat muka, kononnya dia geli dengar apa aku kata. Ingat aku tak tahu, setiap malam dia duk bervideo call dengan awek dia?
Kakak dia ini telinga lintah tau!
Sampai di ofis Izani, Qaizer tak mahu duduk di dalam kereta. Dia nak juga menyibuk, nak ikut aku sampai ke atas. Katanya nak tengok drama laki-bini yang baru lima jam tak berjumpa sejak pagi.
Aku buat tak dengar saja bila Qaizer mengejek aku. Aku paksa dia kahwin dengan girlfriend dia itu kang, baru dia merasa.
Tiba di depan meja Sabrina, gadis itu tiada di situ. Agaknya ada kerja lain. Aku menelefon Izani tapi tak diangkat. Tak akan ada mesyuarat? Kalau ada mesyuarat, mesti dia akan bagitahu semasa aku telefon dia semasa dalam perjalanan tadi.
Disebabkan aku dah terbiasa mengintai dia dari cermin tempat duduk Sabrina, aku bergerak ke situ. Melihat dari cermin, mana tahu dia ada di dalam.
"Ada tak, along?"
Soalan Qaizer tak dijawab. Mata aku bulat membesar melihat adegan tolak dan tarik yang berlaku di dalam bilik Izani. Apa semua ini?!
Marlisa ada di dalam bilik Izani dan dia sedang...
Sedang...
Bahu Izani sekali lagi disentuh, kali ini tangan wanita itu sengaja dirayapkan sepanjang bahu kanan ke bahu kiri. Siap picit-picit, nak bagi free massage dekat laki aku pula! Dada aku turun naik melihat apa yang jadi.
Tapi kaki masih berkeras di situ. Aku kena tengok situasi sebenar yang berlaku.
Izani menolak Marlisa, dia bangkit dari kerusinya dan berdiri jauh dari wanita itu. Sementara Marlisa selamba saja duduk di hujung meja Izani, one piece dress yang dipakai terbelah di bahagian betisnya.
Sengaja nak menggoda nampak!
Kepala aku bersilih ganti melihat kiri dan kanan. Kejap Izani, kejap Marlisa.
"Puan Alia? Encik Qaizer? Buat apa dekat sini?"
"Shhh!" Jari telunjuk diletakkan di bibir sendiri. Tak ada masa aku nak menjawab soalan Sabrina, aku tengah khusyuk melihat pasangan 'kawan' di dalam itu buat reunion.
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
RomanceSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...