Bab Lapan Belas

2.5K 126 5
                                    

Maya.

Nama anak Marlisa itu tak pernah hilang dari ingatan aku. Sekarang aku faham kenapa Marlisa marah sangat dengan Izani dan kenapa Izani melayan saja apa yang Marlisa buat.

Aku tak boleh bayangkan diri aku sendiri di tempat Izani.

Bayangkan, Izani taruh perasaan dekat Marlisa. Tapi Marlisa pula sukakan Muaz dan Muaz juga sukakan Marlisa walaupun Muaz tahu Izani sukakan gadis yang sama ketika itu. Wah... kalau aku kan, aku dah lama cabut lari dulu.

Anak kau, jagalah sendiri. Dahlah ambil crush aku, lepas itu nak suruh aku jaga anak kau dengan crush aku. Ha, boleh blah la!

Tapi itu kalau aku... masalahnya itu bukan aku sekarang dan aku bersyukur sangat-sangat.

Marlisa pula gunakan alasan dia itu cinta pertama Izani bila dia tahu Izani dah kahwin. Alasannya itu digunakan untuk porak-perandakan rumah tangga aku dan Izani. Berdendam betul dia dengan Izani sedangkan kawan itu dah cukup baik menjaga anak dia.

Kalau Izani tak mahu menjaga Maya dulu, entah apa yang berlaku agaknya kepada anak perempuan dia.

"Sayang, awak pasti ke nak buat ini?"

Aku anggukkan kepala.

Dekat tiga hari aku perah otak, memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah Marlisa dan Izani. Laki aku tak buat salah pun tapi Marlisa tak habis-habis salahkan Izani. Isteri mana yang sanggup tahan semua itu?

Dan bila aku fikirkan secara lebih dekat, aku ubah cara aku berfikir. Aku bayangkan diri aku di tempat Marlisa. Dia sebenarnya hanya rindukan anak perempuannya, Maya. Selama hampir enam tahun, tak bersua muka dengan anak sendiri, ibu mana yang tak meracau?

Aku minta tolong Izani untuk hubungi Muaz. Payah juga nak pujuk Muaz untuk benarkan Maya berjumpa dengan Marlisa. Macam-macam cara aku guna tapi akhir sekali, isteri Muaz juga yang dapat pujuk hati Muaz supaya lepaskan Maya untuk berjumpa dengan Marlisa.

Rela tapi terpaksa sebenarnya. Dia takut Marlisa bawa lari anak dia, jadi dia pun ikut sekali dalam perjumpaan kami petang ini dengan Marlisa.

Wanita itu tak tahu pun tentang tetamu istimewa yang ada hari ini.

Dari jauh aku perasan Marlisa tengah berjalan ke dalam kafe. Kafe yang sama ketika kami berjumpa dahulu. Kali ini pakaiannya nampak longgar dan sopan, office attire yang betul. Nampak aura orang atasan di dalam dirinya.

"Jemput duduk." Aku cakap lembut-lembut, sekadar pembuka bicara.

Marlisa menghenyakkan punggung dengan tangan bersilang ke dada. Dia meletakkan spek mata hitamnya di atas meja dan terus menoleh ke arah lain. Meluat nak tengok muka aku dan Izani agaknya.

Tapi tak apa.

Aku pun meluat juga, asyik tengok muka dia saja. Jadi lebih baik aku percepatkan program Jalinan Kasih ini supaya aku tak payah berlama-lama di sini dengan dia ada di depan mata.

"Saya dah dengar semua cerita pasal awak dan Izani."

"Great." Itu saja yang dia balas.

"Saya faham kenapa awak marah dan berdendam dengan Izani. Dia tak sepatutnya masuk campur urusan awak dengan Muaz dulu."

"And I am sorry about that, Lisa." Izani ikut mencelah.

Marlisa ketawa sinis.

"Dah raya ke? Tiba-tiba saja korang nak buat sesi bermaafan depan I?"

Aku gelengkan kepala, senyuman tetap terhias di muka. Aku tahu hadiah aku ini akan buat dia terkejut, tersentak, brain freeze, malfunction dan semua yang berkaitan. Aku berani kerat sosej yang ada dekat dalam peti ais rumah itu tau!

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now