Bab Empat Belas

2.1K 125 3
                                    

"Ya, kejap!" Pintu dikuak dari dalam rumah.

Terpampang muka Anisa yang memakai sheet mask di muka. Dia terkebil-kebil memandang aku dan Qaizer silih ganti sebelum dia kelam-kabut menutup pintu dan menghilangkan diri buat seketika.

Seminit selepas itu, pintu dibuka semula. Kali ini kepalanya ditutup dengan tuala dan sheet mask yang dia pakai pun dah ditanggalkan. Anisa tayang sengih di depan aku.

"Masuklah dulu, Kak. Errr..."

"Tak apa, saya dah nak balik. Saya cuma hantarkan kakak saya sampai sini je." Qaizer bagai mengerti apa yang Anisa cuba untuk sampaikan.

Aku tersenyum nipis.

"Along, are you sure nak duduk sini dulu? Qai bukan apa, nanti kalau abang long itu tanya macam mana?"

"Kau kan pandai menipu orang, kau tipu jelah dia. Kata along pergi bercuti ke apa ke."

Qaizer gelengkan kepala.

"Degil betul. Rumah sebelah-sebelah, macam tak ada function along bawa diri ke sini."

Aku julingkan mata ke atas. Membebel lebih-lebih pula dia ini, nanti aku sumbat kasut Bata dalam mulut kang!

"Anisa, akak nak tumpang rumah korang sekejap boleh? Dalam dua tiga hari."

Anisa yang masih tak faham apa sedang berlaku hanya anggukkan kepala. Tangannya sejak tadi mempelawa aku masuk. Beg baju bertukar tangan, dari Qaizer ke Anisa.

"Tolong tengok-tengokkan kakak saya. If anything happens..."

Qaizer segera menulis sesuatu di atas kertas memo. Oh, ini rupanya tujuan dia bawa sekali pen dan kertas memo sejak turun dari kereta tadi. Aku ingatkan dia terbawa sekali, kotlah tak perasan.

"Call saya. Faham?"

Anisa hanya anggukkan kepala. Nak tergelak aku tengok Anisa yang polos ini. Comel nau!

"Baik. Don't worry, encik."

Qaizer menghulurkan, nak bersalaman dengan aku. Lama dia memeluk aku, berat hati nak tinggalkan satu-satunya kakak dia bersendirian dengan masalah yang baru melanda petang tadi.

"Baby, jangan nakal-nakal. Pakngah tahu kamu nakal, no toys for you." Qaizer bercakap dengan perut aku. Terus aku ketawa.

"Weh, Qai! Dia tendang lah, dia protes dengan kau ini. Baby kata apa, sayang? Oh, iya? Okay, biar ibu bagitahu Pakngah."

Aku pun ikut main-main macam Qaizer. Konon anak dalam perut boleh bercakap dengan aku.

"Dia kata, Pakngah tak beli mainan dekat dia, dia sumpah kau tak kahwin sampai tahun depan. Habislah kau, Qai!" Aku mengusik.

Qaizer ketawa.

Bahu aku dia usap dan tepuk untuk beri semangat. Sebelum dia bergerak pulang, sempat dia berikan duit sedikit untuk aku. Aku pula dah dihulur mestilah akan diambil.

Dia ingat aku gaduh dengan Izani, suami aku akan abaikan nafkah aku ke? Dasar dramatik ini kawan!

Selesai bersihkan diri dan solat di bilik tetamu, aku duduk berehat di ruang tamu dengan Anisa. Dia layan aku dengan baik sejak aku masuk ke dalam rumahnya. Macam-macam benda kami bualkan sampai ke tengah malam.

Tapi aku perasan akan sesuatu. Nak tanya, takut dicop penyibuk.

"Kak, kalau nak tidur dulu, akak tidurlah. Saya nak tunggu Running Man."

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now