Tik tok tik tok..
Keluhan dilepaskan.
Aku pandang Izani yang ada di dapur, tengah mencari sesuatu. Secara ringkasnya, tadi semasa dalam perjalanan balik, kami langsung tak bercakap. Aku mengelamun fikir benda yang bukan-bukan dan Izani pula fokus dengan pemanduan dia.
Bila dia nak berterus-terang? Kenapa dia melengahkan masa?
Aku dah tak sabar nak tahu tentang Marlisa. Apa tujuan dia bersama dengan Izani di restoran tadi? Kenapa Izani kena keluar dengan Marlisa?
Jumpa klien ke?
Kalau jumpa dengan klien, kenapa Izani boleh selamba saja tinggalkan Marlisa di restoran? Nak biar Marlisa, orang baru di dalam Isla Group uruskan?
"Nah, untuk awak."
Segelas susu diletakkan di atas meja. Aku tak ambil, mata aku fokus ke arah suami sendiri.
I. Want. An. Explanation!
"Nak mogok dengan saya ke? Sampai bila?"
Izani bertongkat dagu sambil memandang aku. Cepat-cepat aku larikan pandangan ke arah lain. Pandang sajalah pasu bunga di pintu depan rumah sana. Sejuk sikit hati ini, dari tadi terasa panas.
"Baby macam mana? Sihat?"
Izani cuba menyentuh perut aku, aku pusingkan badan ke kiri. Jangan harap aku nak bagi dia sentuh baby ini. Selagi dia tak bagitahu perkara sebenar, selagi itu aku akan mogok.
"Sayang."
"Straight to the point. Pasal Marlisa. Your date dengan dia hari ini. Itu je yang saya nak tahu. Now." Tegas aku berkata.
Kepalanya tertunduk sekejap sebelum aku terdengar keluhan dilepaskan. Walaupun aku beria-ria nak tahu tentang Marlisa, hati ini masih berharap cerita dia dan Marlisa tak seperti apa yang diperkatakan oleh orang.
Cerita yang kononnya Marlisa itu first love Izani, pernah bercinta dengan Izani.
Aku tak boleh terima semua itu walaupun aku kini dah sah menjadi isteri Izani. Aku tak boleh kahwin lain tapi dia.. dia boleh kahwin lain! Oh no!
"Fine. Saya bagitahu awak pasal Marlisa."
Ha, tahu pun nak bagitahu. Ingatkan nak tunggu sampai tumbuh janggut dekat muka ini. Aku berpeluk tubuh dengan muka serius.
"Marlisa itu kawan saya, kawan sekolah. Lepas saya sambung studi dekat Amsterdam, kitorang dah lost contact. After six years, tahun ini saya baru jumpa dengan dia but as a boss and his employee." Izani menerangkan dengan teliti.
"Apa yang saya dengar dekat ofis awak itu, betul ke tak?"
"About what?"
"Dia itu first love awak. Betul atau tak?"
Soalan aku dibiar sepi.
"Betul atau tak, Izani? I am asking you."
Kepalanya mengangguk, matanya langsung tak berani bertentang dengan aku. Marlisa, cinta pertama dia. Wow...
Cinta pertama datang kembali.
"Is she still single?"
"Unfortunately, yes."
Kepala digelengkan. Kenapa Izani terlampau jujur malam ini?
Tak, bukan.
Apa kena dengan aku sebenarnya? Aku nak dia berterus-terang tapi hati aku yang sakit bagai ditusuk dengan pisau berkali-kali apabila melihat ada sinar kejujuran di mata suami sendiri.
YOU ARE READING
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
Roman d'amourSetelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak...