Bab Satu

2.3K 140 2
                                    

"Muhammad Izani!!"

Aku berlari keluar dari bilik air dengan gaya berkemban. Naik turun dada aku menahan marah. Eee, ini yang aku tak suka! Izani ini memang nak kena betullah.

"Kenapa? Ada lipas lagi ke dalam bilik air?" Izani bertanya.

Dia langsung tak perasan ada benda yang melekat di badan aku sekarang ini. Aku menunjukkan tanda merah di leher dan di belakang cuping telinga. Izani yang melihat terus ketawa kuat.

"Awak ini kan!" Aku tampar dadanya dengan kuat.

Biar dia sendiri rasa betapa sakitnya hati aku sekarang ini. Berapa kali dah aku bagitahu dia, jangan main letak saja tanda dekat kawasan leher tapi di situ juga yang dia letak.

"Ala, sorry. Awak la manja sangat malam tadi, saya terbawa-bawa mood manja awak itu."

Eh, salahkan aku pula? Pandai-pandai saja nak kata aku manja terlebih sedangkan setiap malam aku manja. Asyik nak tidur bawah ketiak dia saja.

"Kalau kita ini dekat rumah sendiri tak apa, ini dekat rumah mama kot! Nanti apa ayah dengan mama kata.." Mulut aku muncungkan.

Bukan mama dengan ayah saja yang ada di rumah, Qaizer pun sama. Ini kalau adik lelaki aku yang nampak tanda ini, memang dia akan jadikan topik untuk bahan aku dua hari dua malam.

"Meh, saya tengokkan." Izani mencapai lengan aku dan mula memeriksa tanda yang dia sendiri buat.

Tak semena-mena dia mencium leher aku.

"Izani! Awak ini memang nak kena cubit dengan saya ke?" Aku marah.

Suami aku ketawa. Dia melabuhkan kepala di bahu aku dan mula menggerakkan tubuh aku ke kiri dan ke kanan, macam kami berdua ini tengah menari di dalam bilik. Haih, layankan ajelah Lia...

"Okay, meh saya tengok lagi sekali."

Bila Izani ingin meletakkan jarinya untuk menguak rambut aku, cepat-cepat aku larikan diri darinya. Nanti entah apa pula yang dia nak buat.

Izani tersenyum meleret. "Kenapa, Lia?"

"Saya tak nak percaya dengan lakonan awak itu. Silap-silap saya kena duduk dalam sangkar awak lagi. Baik awak pergi mandi, bersiap. Saya nak tolong mama memasak dekat dapur."

Izani pun anggukkan kepala. Reda tak dapat 'terkam' bini awal pagi. Tapi untuk aku, ianya satu kemenangan. Biar dia jadi kucing jinak untuk hari ini, selalu sangat dia jadi harimau liar kan.

Tudung sarung yang aku bawa dari rumah, aku sarungkan ke kepala. Kalau mama tanya, jawapan yang aku akan bagi adalah aku baru lepas sidai baju di luar tadi. Haa, munasabah juga jawapan aku itu.

Masuk saja dapur, mama dan ayah sudah ada di situ. Aku memeluk ayah dan mama, melepaskan rindu kerana lama tak balik menjenguk mereka berdua.

"Lia, mana Izani?"

"Dia tengah mandi. Nanti dia datang la itu. Mama nak Lia buat apa-apa ke?"

Mama gelengkan kepala.

Nampaknya semua makanan untuk sarapan dah disediakan, tinggal air saja yang belum dibancuh. Aku ambil teko di almari bawah dan mula membuat bancuhan kopi untuk ayah dan Izani.

Qaizer yang baru balik dari berjoging ikut duduk di sebelah mama.

"Along, Qai nak air milo. Milo susu tau!"

Aku jeling memandang Qaizer, sedap hati dia saja nak buat pesanan macam dekat kedai mamak. Aku ini kakak kau tau!

Dalam bebal-bebal aku ini, aku buatkan juga milo susu untuk Qaizer. Sayangkan adik punya pasal, kita buat sajalah apa yang dia minta. Bukan selalu pun, Qaizer pula sekarang dah kerja di syarikat swasta di Johor. Lagi susah kami nak berjumpa ramai-ramai macam ini.

Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]Where stories live. Discover now